Beberapa hari lalu, pelawak Ali Puteh ada menitipkan luahan hati menerusi salah satu entri yang merakamkan foto permata hatinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah di Instagram.
Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dilihat meninggalkan pesanan anaknya yang sinonim dipanggil Ainul itu agar terus kuat deminya dan si ibu.
“Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Untuk anak walid dan ibu sharifah nur ainul mardhiah, Walid tau kamu kuat.
Ads
“Soal duit walid usahakan..biar lah susah dan perit..ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu..yg penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid,” tulisnya.
Lalu, perkongsian menyentuh perasaan itu disusuli dengan pelbagai komen peminat yang rata-ratanya mendoakan agar si comel berkenaan segera sembuh.
Ads
Malah isterinya, Melati Fitri Abdullah turut berkongsi foto serta keadaan terkini anaknya itu, pada Khamis.
Untuk rekod, Ainul mengalami masalah masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan difahamkan sedang menantikan giliran untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).
Foto: Instagram Ali Puteh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Datuk Sharifah Aini is my icon.” Itu kata Azwan Ali apabila ditanya bercerita mengenai Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini apabila foto bersama arwah disuakan kepadanya.
Jarang berkongsi mengenai jalinan persahabatan dengan penyanyi tersohor itu, Azwan secara eksklusif menerusi #MHThrowback di YouTube turut mendedahkan hubungannya bersama Allahyarhamah cukup rapat suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun atas sebab tertentu, hubungan akrab di antara keduanya terputus di pertengahan jalan.
“Segala kenangan dengan arwah Datuk Sharifah Aini akan kekal abadi. Sebaklah bila teringat. Arwah buat saya macam adiknya. Jadi memang sedihlah.
“Teringat zaman arwah Datuk hubungi untuk saya ke kediamannya, kami banyak berborak dan berkongsi mengenai pelbagai perkara.
“Malah ketika itu dia siap hidangkan saya Mee Sup.
“Semoga roh dia tenang di sana. Sukar untuk cari seorang diva sepertinya yang hargai saya” katanya jujur.
Dalam nada sebak, Azwan yang sinonim digelar Diva AA juga akui dia sering mengundang bintang tersebut menerusi mana-mana program yang diterbitkannya sebelum ini.
Azwan turut menambah, dia juga tidak berkesempatan untuk menziarahi arwah ketika tidak sihat.
“Terkenangkan dia memang sedih sebab dia sudah tiada. Cuma yang sedih tu sebab ketika arwah meninggal, saya terlalu sibuk.
“Jadi sedihlah kan sebab tak pergi pun… Akan tetapi pasti ada sebab kenapa tak ada rezeki untuk ziarahi arwah meski kami baik.
“Cuma ketika dia sakit, kami terputus hubungan. Kita mahu kacau dia pun tak sesuaikan,” jelasnya lagi.
Ditanya apakah lagu kegemaran arwah, bekas hos itu menggemari lagu Selamat Hari Raya dan turut mengimbau muzik video lagu berkenaan dirakam di kediaman ibuya.
“Lunak suara sukar dicari ganti. Video klip lagu itu di rumah arwah mak saya. sangat bermakna,” akhirinya.
Ikuti temu bual penuh bersama Azwan Ali di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia fesyen antarabangsa hari ini berduka dek kematian pereka fesyen, Virgil Abloh. Mendiang yang berusia 41 tahun merupakan pengasas dan pemilik jenama Off-White menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2021 akibat penyakit kanser yang sudah lebih dua tahun dideritai.
Menurut muat naik di alam Instagram miliknya, Virgil meninggal dunia disebabkan sejenis kanser yang jarang berlaku dan agresif, cardiac angiosarcoma. Mendiang dikhabarkan menjalani pelbagai rawatan yang mencabar dan dalam masa yang sama menerajui beberapa institusi penting yang merangkumi fesyen, seni dan budaya.
Virgil dianggap seorang pereka fesyen yang banyak mengubah landskap dunia fesyen antarabangsa. Dia merupakan pereka fesyen pertama keturunan Afrika-Amerika diberi kepercayaan untuk mengemudi koleksi lelaki bagi jenama terkenal Louis Vuitton.
Mengukuhkan lagi posisinya sebagai pereka fesyen berpengaruh, pada tahun 2019, dia dilantik sebagai ahli lembaga pengarah The Council of Fashion Designers of America (CFDA).
Memilih untuk tidak mengumumkan mengenai penyakitnya kepada umum, berita kematiannnya umpama satu kejutan buat ramai pihak terutamana selebriti-selebriti Hollywood yang pernah berkerjasama dengannya.
Hailey menggayakan busana perkahwinan rekaan Virgil. Sumber foto: Instagram Hailey
Selebriti seperti Hailey Bieber, Gigi Hadid dan Pharell mengambil peluang untuk memperingati mendiang dengan memuatnaik memori mereka bersamanya di laman Instagram.
Hailey Bieber yang merupakan isteri kepada Justin Bieber misalnya, berbicara soal kebaikan Virgil dan momen manis saat dia mengayakan busana perkahwinan yang direka oleh pereka fesyen itu. Kongsinya,“Virgil benar-benar mengubah cara saya melihat gaya jalanan dan fesyen, cara dia melihat sesuatu memberi inspirasi kepada saya secara mendalam.
“Saya tidak akan dapat menyatakan sepenuhnya betapa bersyukurnya saya kerana mengenalinya dan bekerja dengannya, daripada berjalan dipentas runway jenamanya sehinggalah ke permintaan dia mereka gaun pengantin saya dan semua detik menakjubkan lain di antaranya, saya rasa dia sentiasa mempercayai saya saya .
Dia adalah seseorang yang sentiasa membawa kehidupan, karisma, cinta dan keseronokan dalam apa jua keadaan dan dalam setiap bilik yang dia masuki. Minda yang sangat kreatif dalam generasinya yang sangat jarang berlaku dan saya tidak akan melupakan impak yang dibawa olehnya. Kami sayang awak Virgil.”
Sumber foto: Instagram Gigi Hadid
Memetik pula kata-kata Gigi Hadid mengenai Virgil. Kongsi supermodel terkenal ini, “Kebaikan dan kemurahan hatinya yang bertenaga meninggalkan kesan abadi pada setiap kehidupan yang disentuhnya— dia membuatkan semua orang berasa dilihat dan istimewa.”
Manakala penyanyi Pharrell pula meluah kesedihan, “Hati saya hancur berkecai. Virgil anda seorang yang baik, murah hati, genius dan kreatif yang bijak.”
Virgil meninggalkan seorang balu, Shannon Abloh dan dua orang anak, Lowe Abloh dan Grey Abloh. Shannon merupakan seorang pengurus program di Monster. Dia dan Virgil mula bercinta ketika dibangku persekolahan lagi dan mendirikan rumah tangga pada tahun 2009.
Menerusi ruangan komen, rata-rata merindui gandingan mereka ketika memegang watak masing-masing dalam filem arahan Ahmad Idham.
Imbas kembali, Fatin ketika itu memegang watak sebagai Suhaila, seorang kanak-kanak perempuan bersifat tomboy, manakala Erin sebagai Zurina seorang gadis yang lemah-lembut dan murah dengan senyuman.
Aedy Ashraf pula sebagai Mawi yang mahu mengejar cita-cita untuk memiliki hati Zurina.
Nyata, keperibadian Fatin dan Erin kini menjadikan mereka lebih matang dan cantik.
Dalam sisi lain, kedua-dua figura cantik ini masing-masing kini memiliki dua orang anak iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Erin pula dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq dan Nur Aisha.
Foto : Instagram Fatin Afeefa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin mengakui pada awalnya dia tidak memahami isu viral membabitkan komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menyatakan kesudiannya untuk membuat persembahan dan merenjis di majlis perkahwinan penyanyi Amira Othman, baru-baru ini.