Bukan satu perkara mudah untuk dilalui apabila kehilangan insan yang amat disayangi dalam kehidupan.
Penyanyi lagu yang terkenal menerusi Dipersimpangan Dilema itu mengakui ada lelaki yang cuba mendekati dirinya selepas hampir 4 tahun kehilangan suami, Allahyarham komposer Johan Nawawi.
“Alhamdulillah saya okey- okey saja, saya sibuk kerja dengan kerjaya dan juga anak-anak.
“Orang kata berkawan tu ramai. Ada tu ada tapi sy tak mencari kita berserah kepada Allah. Nak kata tak nak tak baik sebab nanti benda yang kita tak nak tu akan jadi.
“Jadi kita cuma berserah pada Allah dan kalau benda tu kepada saya dan anak-anak kita minta yang terbaik tak nak fikir yang negatif,” katanya jujur.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 46 tahun itu mengakui ada ketika, dia berasa sunyi ketiadaan arwah suaminya di sisi.
“Sunyi memang tak dapat lari malah orang tanya adakah malam-malam rasa sunyi.
“Sunyi tu memang selalu ada sebab kita sudah biasa bersama dia tapi bagi saya itu normal dah biasa.
“Tapi alhamdulillah anak-anak menjadi pengubat kesunyian saya,” luah Nora.
Terdahulu arwah suami Nora, Allahyarham Johan Nawawi telah kembali ke rahmatullah pasa 24 Mac 2017 akibat serangan sakit jantung.
Terdahulu, Nora ditemui di Sidang Media Usahasama Mega Event Catering & Nora Ariffin di Mega Glory Hall, Bangi pada Khamis.
Mahu cabaran dengan terokai dunia baru, Nora kini melibatkan diri dalam dunia perniagaan makanan dengan menjual pelbagai makanan tradisi Melayu seperti Rendang Tok, Daging Masak Hitam, Acar Buah dan Kuah Kacang.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI