Pelakon, Mohd. Shoffi Jikan atau nama pentasnya, Sofi Jikan mengakui terkejut selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah, tahun lalu.
Memetik Kosmo Online, pelakon versatil itu menjelaskan, pada ketika itu pelakon dia berada di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya selepas diminta melakukan ujian air kencing bagi membantu siasatan kes penahanan melibatkan rakan artis, Datuk Farid Kamil.
Terdahulu, pelakon berusia 48 tahun itu ketika prosiding bicara membela diri turut memberitahu mahkamah, dia diserahkan satu botol urin dan diiringi seorang polis ke tandas bagi melakukan ujian berkenaan.
“Selepas selesai, saya menyerahkan semula botol itu kira-kira pukul 10 lebih malam dan menunggu keputusan ujian air kencing.
“Tidak lama kemudian, saya terkejut selepas diberitahu hasil ujian urin itu positif dadah kerana tidak pasti ada mengambil bahan terlarang atau tidak,” katanya ketika menjawab soalan Peguam Datuk Haniff Hassan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.
Pada 13 Februari 2018, dia didakwa kerana menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid atau THC 6 Februari 2018.
Sementara pada 13 Mei lalu pula, dia diperintahkan membela diri selepas Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mahkamah kemudian menetapkan 31 Julai sebagai keputusan akhir pembelaan.
Sumber/Foto: Kosmo Online/carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI