Jom! ekspresikan semangat jati diri anda buat para atlet Malaysia yang bertanding pada temasya Sukan SEA 2019 bulan ini, bersama-sama Yoodo.
Ini kerana Yoodo sedang mencari penyokong setia wira negara menerusi kempen #GoMalaysiaGold.
“Malaysia telah mencipta sejarah pada Sukan SEA 2017 dengan meraih 145 pingat emas dan kami yakin atlet-atlet hebat ini dapat membanggakan negara sekali lagi.”
“#GoMalaysiaGold adalah kempen Yoodo dalam usaha menggalakkan dan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia kerana berterusan menyokong atlet negara,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.
Ads
Rakyat Malaysia boleh memberi sokongan kepada atlet-atlet negara dengan mengambil bahagian dalam kempen #GoMalaysiaGold.
Bagaimana untuk menyertainya? Caranya sungguh mudah! Anda hanya perlu berkongsi kata-kata sokongan di akaun media sosial Facebook, Instagram atau Twitter masing-masing dengan mengunakan tanda pagar (hashtag), #GoMalaysiaGold.
Ads
Sekiranya, ada atlet negara yang berjaya meraih pingat emas, anda juga berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada Yoodo.
Selain itu, apa yang paling menarik ialah, andai kontinjen Malaysia berjaya memecahkan rekod Sukan SEA 2017 dengan meraih lebih 145 pingat emas, Yoodo akan memberikan data percuma 5GB kepada semua pengguna! Ya kepada semua pengguna Yoodo.
Ads
Malah, 10 pemenang bertuah juga akan menerima sebuah telefon pintar sekiranya kontinjen kebangsaan berjaya meraih 150 pingat emas.
Kempen #GoMalaysiaGold adalah sebahagian daripada misi Yoodo untuk merai dan memupuk bakat rakyat Malaysia.
Yoodo adalah pelan mobile pertama di Malaysia yang memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengubah suai pelan mobile mereka sepenuhnya dari segi data, panggilan dan SMS.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.facebook.com/yoodoMY atau www.yoodo.com.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nina Iskandar ada memberikan pesan buat segelintir individu di luar sana supaya usah mencampuri segala urusan berkaitan caranya menjaga dan menguruskan anaknya.
Menurut Nina, dia mempunyai cara tersendiri dalam memastikan apa yang terbaik buat anaknya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin.
Lantaran itu, Nina telah menerima pelbagai reaksi dan pandangan daripada orang ramai mengenai kaedahnya itu.
Terdahulu, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Mohd Azlan Adzanan pada April 2019 dan kini dikurnikan seorang cahaya mata yang baru berusia tujuh bulan.
Sumber: Instagram Nina Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terpaksa menghadapi tohmahan dan kritikan netizen, Datin Shahida tetap tenang dan berkongsi formula yang diamalkan untuk kekal bahagia.
Ulasnya menerusi entri di laman Instagram, orang yang berfikiran negatif haruslah dijauhi dan tidak perlu dilayan. Katanyatidak perlu merendahkan tahap pemikiran untuk berhujah dengan golongan terbabit.
“Tips Bahgia dan Tenang..
“Jauhi orang negatif hidup kita akan lebih bahgia…..saya dah rasa dan sekarang lebih tenang…
“Dengan orang negatif kita tidak perlu berlawan pun untuk tunjuk siapa menang dan dia betul……biarlah dia nak tuduh dan kata kita sekalipun sebab bukan level kita utk kita berlawan dgn dia.”
Hidup lebih bermakna apabila diluangkan untuk menguruskan keluarga daripada terus melayani manusia negatif. Semakin banyak ‘sayang’ yang dicurahkan, semakin banyak ‘sayang’ akan masuk dalam diri.
“Kita perlu banyak lagi masa nak urus hidup,suami,anak2,kerja dan rumahtangaa yg lebih penting jauh kan diri dari fikirkan pengaruh2 negatif ni…
“Orang yg positif akan selalu bahgia….formula dia kita ada kasih sayang,kita beri dan kita akan dapat balik rasa sayang,kalau negatif beri kata2 buruk dan sifat dengki maka yg akan datang pun buruk2 juga kata Prof Muhaya,” tambahnya lagi.
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...