Penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul Rahdi ada berkongsi nasihat bersama pengikutnya menerusi platform media sosial miliknya.
Fakhrul menyarankan agar semua umat Islam tidak meninggalkan ibadah solat meski sibuk dengan tugas harian.
Malah, penyanyi dan pendakwah bebas berusia 34 ahun ini menegaskan ibadah solat merupakan satu kewajipan buat umat Islam.
“Sibuk macam mana dgn dunia, jangan lupa dengan kewajipan wahai teman.
“Solat itu kehidupan.. ada rehat, tenang dan bahagia..,” tulisnya.
Semoga perkongsian Fakhrul ini dapat dijadikan panduan kepada semua.
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hanya Allah Sahaja Yang Tahu Perasaan Saya…”- Selepas 12 Hari, Suami DP Eina Azman Pulih & Bebas Covid-19, Alhamdulillah
Setelah 12 hari berlalu tiada khabar berita, pelakon Datin Paduka Eina Azman akhirnya tampil untuk berkongsi perkembangan terkini kesihatan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet yang telah sembuh daripada jangkitan wabak Covid-19.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Eina atau nama Ainur Syakina Azman memanjat rasa syukur apabila seluruh ahli keluarganya termasuk dua orang pembantu rumahnya telah bebas daripada wabak penyakit berkenaan.
Dalam pada itu, Eina memaklumkan suaminya kini telah dibenarkan pulang ke kediamannya.
“Assalamualaikum… Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena covid Stage 4 dan paru2 pun dah merebak 30% Dengan oxygen yang turun naik dan dr pun ada ckp kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok suami kena masuk icu.
“Kalau boleh saya mmg tak nak suami saya d masuk ke icu. Ya Allah saya tak tahu nak cakap mcm mana perasaan ketika itu Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk.
“Memikir kan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar mcm2 cara untuk cuba sembuh kan suami saya” tulisnya.
Di samping itu, Eina menitipkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesihatan seluruh ahli keluarganya.
“Di sini saya ingin ucap kan terima kasih banyak2 kepada keluarga kawan2, dan semua followers saya yang tak henti2 mendoa kan dan bagi saya mcm2 barang dan tips untuk cuba sembuh kan suami saya Saya tak mampu nak balas semua whatsapp dan dm. “
“Saya hanya mampu ucap kan terima kasih sekali lagi atas segala doa2 yang baik untuk diri saya suami, dan bibik2 Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa2 u all yang Allah makbulkan Syukur Alhamdullilah aminnnn aminnnn aminnnn
#staysafe #takecare” tulisnya lagi.
Terdahulu, Eina bersama suami serta dua orang pembantu rumahnya telah disahkan positif wabak berkenaan selepas menjalani ujian saringan pada 30 Ogos lalu.
Untuk rekod, Eina telah mendirikan rumah tangga Datuk Paduka Kaiser Gurmeet pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Foto: Instagram Eina Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tapi Poligami Bukan Untuk Semua Wanita,” – Ezlynn Reda Bermadu Sebab…
Penyanyi, Ezlynn menerima keputusan untuk bermadu selepas suaminya, Wan Mohd Hafizam berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Ezlynn turut mendedahakan statusnya juga kini berubah kepada isteri pertama apabila Wan Hafizam menceraikan dua isteri terdahulu.
“Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.
“Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.
“Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini,” katanya seperti yang dipetik.
Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini berkahwin dengan Wan Mohd Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021.
Katanya lagi, kebajikan suaminya juga akan terjaga sekiranya dia terpaksa keluar bekerja dalam jangka masa yang agak lama.
“Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi ‘travel’ lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.
“Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.
“Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik,” katanya.
Katanya lagi, perspektifnya mengenai poligami berubah selepas kerap mendengar ceramah agama.
“Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami.
“Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi mental pada isteri dan anak.
“Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.
“Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai,” katanya lagi.
Sekadar infomasi, Ezlynn sebelum ini pernah berkahwin dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011, namun bercerai pada 23 Oktober 2017.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shuib, Pengarah Bubblebee Didakwa Tak Bayar Cukai Perkhidmatan Termasuk Penalti RM1.6 Juta
Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didakwa pada Khamis di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.
Petik Sinar Harian, syarikat minuman dan dua pengarahnya, yang diwakili Shahmira Muhamad (Shuib), 40, dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali.
Mengikut semua pertuduhan, semua OKS didakwa masing-masing enam pertuduhan, gagal membayar cukai itu bagi tempoh bercukai 1 Januari sehingga 1 November 2023, sebagai mana ditetapkan bawah Seksyen 26(4) akta sama.
Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) di sini antara 1 April 2023 dan 1 Februari 2024.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26(8) akta itu, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikenalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Wan Abdul Rahim Wan Mahamood dan Nur Amalina Ahmad Nazeri sementara semua OKS diwakili peguam, Muhammad Firdaus Shaik Alauddin.
Semasa prosiding, pegawai pendakwa mencadangkan setiap OKS diberi ikat jamin sebanyak RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan alasan, cukai yang belum dibayar adalah tinggi mencecah jutaan ringgit.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili OKS berkata, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa di sepanjang kes ini disiasat selain tiada keadaan mendesak sehingga memerlukan mahkamah menetapkan ikat jamin.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rasyihah membenarkan semua OKS diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Disember depan.
Pada Isnin lalu, Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI