Pemergian permata seni, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan cukup terkesan dalam industri hiburan tanah air.

Perkara itu juga turut dikongsikan pelakon, Norman Hakim yang merupakan teman arwah, lebih-lebih lagi mereka kerap ke masjid bersama.

Tambahan pula, hari ini merupakan hari Jumaat dan Norman turut mengimbau kembali kenangan apabila mereka solat berjemaah.

“TAK ADA LAGI KELIBAT DIA..

“Kalau saya tak balik Kuantan hari Jumaat, mmg kat sini la saya selalu solat Jumaat dan sejak 4 tahun kebelakangan sejak saya duduk kat mukim ni, dah jadi satu rutin terutama hari Jumaat samada dirancang atau tidak untuk saya solat selang satu saf kat belakang dia.

IKLAN

“Dan kat tempat kosong itulah mmg rutin ‘best spot’ dia yg kebetulan kosong.

“Saya yang akan mula bagi salam sebagai yg muda menghormati yg lebih tua baik sebelum masa baru sampai atau selepas doa solat Jumaat,” tulis Norman.

View this post on Instagram

TAK ADA LAGI KELIBAT DIA.. . . Kalau saya tak balik Kuantan hari Jumaat,mmg kat sini la saya selalu solat Jumaat.Dan sejak 4 tahun kebelakangan sejak saya duduk kat mukim ni,dah jadi satu rutin terutama hari Jumaat samada dirancang atau tidak untuk saya solat selang satu saf kat belakang dia.Dan kat tempat kosong itulah mmg rutin ‘best spot’ dia yg kebetulan kosong hari ni . . Saya yang akan mula bagi salam sebagai yg muda menghormati yg lebih tua baik sebelum masa baru sampai atau selepas doa solat Jumaat . . Tapi hari ni tiba2 hati tersebak,bila sedar mmg takkan ada lagi kelibat dia selepas ini utk di salami.Mmg betul2 terasa kali ni.Semoga rohnya ditempatkan dikalangan roh orang2 yg beriman & bertaqwa Aamiin Ya Rabb . . AL-FATIHAH buat roh Allahyarham DATO A.RAHMAN HASSAN…sentiasa didalam kenangan kami semua qariah disini…❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

IKLAN

Namun, hari ini Norman mengakui bahawa dia berasa sedikit ‘kelainan’ bagaikan ada sesuatu yang kurang.

“Tapi hari ni tiba2 hati tersebak, bila sedar mmg takkan ada lagi kelibat dia selepas ini utk di salami. Mmg betul2 terasa kali ni.

“Semoga rohnya ditempatkan dikalangan roh orang2 yg beriman & bertaqwa Aamiin Ya Rabb.

IKLAN

“AL-FATIHAH buat roh Allahyarham DATO A.RAHMAN HASSAN…sentiasa didalam kenangan kami semua qariah disini,” kongsi Norman sebak. 

Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman paru-paru dan dikembukan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat jam 2.30 pada Khamis.

Arwah meninggalkan seorang balu, pelakon Datin Fadilah Mansor dan dua orang anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman.

Video : Instagram Norman Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI