Nampaknya kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-32 tidak terhenti di sini. Ingatkan MH sahaja yang perasan tentang isu ini. Rupa-rupanya ia hangat diperkatakan di Twitter semalam.
Ramai yang mula bersepkulasi apabila melihat Nabila Razali menangis menahan sebak apabila melihat rakannya Hael Husaini memenangi AJL32 baru-baru ini.
Rata-rata mempersoalkan mengapa Nabila kelihatan sungguh sebak? Adakah mereka berdua mempunyai apa-apa hubungan?
#ajl32
Bila Hael Husaini menang & nabila razali menangis..My mind * somethin is goin onnnnnnn*? pic.twitter.com/CUlkMVVnMF
— Fàráhšafiãh (@frhsafiah) February 11, 2018
Nabila razali over ni apahal, dia gf hael ke hekeleh
— sal (@saliishaa) February 11, 2018
Nabila razali ni awek hael ke sia hahaha asyik zoom dia je
— why (@AhmdYazid) February 11, 2018
aku syak nabila razali ada pape ngn hael
— far (@FarishaZainudin) February 11, 2018
Malah melucukan ada ibu-ibu yang memikirkan Nabila isteri kepada Hael!
mak sape lagi yg tanya nabila razali tu bini hael husaini ke. ?
— MHI (@Mzlhr) February 11, 2018
Baca tweet pasal nabila razali menangis time hael menang…. mak ayah aku pun tanya soalan yg sama tu bini dia ka ????
— duatigalipas (@zuhair_zahir) February 11, 2018
Bagaimanapun ada juga yang berkata ini merupakan friendship goal di antara Hael dan Nabila! Awww so sweet!
The best part is bila Nabila Razali menangis masa Hael menang. Friendship goals!? Dah agak Hael akan menang sbb dia & Ernie Syamel je aku rasa persembahan best malam ni, yg lain hambar #AJL32
— Rosfarisha (@FarishaRose_) February 11, 2018
Dalam pada itu, ada juga tweet yang cukup bernas daripada seorang pengguna Twitter apabila memberitahu kemungkinan besar dia berbangga atas kejayaan rakannya itu setelah lalui pelbagai dugaan semasa di Akademi Fantasi sehingga ke pentas AJL32 Ahad lalu.
ada dok kutuk nabila razali nangis lelebih Hael menang. lol, diorang dulu sama sama survive kat AF kot. so she know lah turun bangkit Hael apa yang kawan dia impikan. She just being proud of her friend. lol
— haq (@haqimkhalis) February 11, 2018
Namun melalui sebuah posting di Instagram milik Nabila dia akui dirinya sangat berbangga dengan percapaian Hael dan Ezra Kong dan memberitahu mereka berdua layak untuk menerima kejayaan ini!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI