Pelakon popular Korea Selatan, Song Joong Ki, 38, mengumumkan khabar gembira bahawa dia sudah berkahwin dengan teman wanitanya, aktres British, Katy Louise Saunders, 39.

Joong Ki memaklumkan perkara itu menerusi laman web kelab peminatnya pada Isnin.

Aktor itu turut mengumumkan isterinya kini sedang hamil namun tidak mendedahkan usia kandungan berkenaan.

“Kami impikan hidup gembira bersama. Kami berusaha untuk sentiasa berpegang pada janji antara satu sama lain dan bersyukur menyambut kehadiran orang baru (anak) dalam hidup kami.

“Hari ini (Isnin) dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang antara satu sama lain, kami kini dalam perjalanan pulang selepas mendaftarkan perkahwinan untuk memulakan hidup bersama sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Ads

Joong Ki menyifatkan isterinya seorang yang sentiasa menyokongnya malah menjadikan dirinya lebih baik dari hari ke hari.

“Saya berjanji untuk hidup bersama Katy Louise Saunders yang selama ini sentiasa di sisi saya. Dia seorang wanita yang baik dan saya amat menghormatinya.

“Terima kasih kepada dia kerana kehadirannya menjadikan saya lelaki yang lebih baik,” katanya lagi.

Ads

Pelakon drama Reborn Rich itu juga turut menghargai sokongan yang telah diberikan peminat terhadapnya selama ini.

“Buat peminat, terima kasih kerana sentiasa menyokong saya selama ini,” kata Joong Ki.

Ads

Joong Ki sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Song Hye Kyo pada 2017 selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Descendants of the Sun.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak kekal lama apabila disahkan bercerai pada Julai 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI