Menepati frasa ‘beauty with brain’, pencapaian akademik penyanyi dan pelakon Dr Soo Wincci begitu membanggakan ramai.
Bagaimanapun, Wincci menerusi satu sesi langsung bersama Institut Perbankan Islam dan Kewangan Malaysia (IBFIM), baru-baru ini menegaskan bahawa mempunyai pendidikan tinggi saja tidak mencukupi sekiranya tidak dapat melakukan tugasan kerja dengan baik.
“Jangan fikir ia (pendidikan) hanya untuk kebanggaan semata-mata. Jika anda pelajar kelas pertama sekali pun tapi tidak tahu bagaimana untuk berikan khidmat terbaik, maka itu tidak berguna.
“Sebab itu saya selalu sebut pada diri untuk dapatkan apa saja ilmu tapi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Orang yang hebat itu bukan saja ada pendidikan tinggi, tapi dia juga boleh bekerja untuk perkara itu dan mempunyai pelbagai kelebihan lain,” katanya.
Memiliki pelbagai kelulusan memudahkan dirinya berhijrah ke luar negara untuk memberikan khidmat berkaitan, namun selebriti cantik berusia 37 tahun ini lebih senang untuk terus menabur bakti di Malaysia.
Ads
“Ada yang bertanya kepada saya kenapa balik semula ke Malaysia selepas sudah pergi jauh (belajar di luar negara). Saya jawab, ini adalah tujuan saya untuk kekal di sini dan tak ada sebab untuk menunjuk-nunjuk.
“Jika tidak ada sesiapa yang mahu kembali berkhidmat kepada negara, maka siapa yang akan pertahankan negara kita. Saya belajar dengan bersungguh-sungguh bukan hanya untuk dapatkan ganjaran wang semata-mata,” katanya.
Ads
Wincci kini berkhidmat sebagai pensyarah muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Miss World Malaysia 2008 itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Reading, United Kingdom, tiga sarjana, iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia); Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).
Ads
Anak kelahiran Selangor itu juga berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus melakar kejayaan tersendiri apabila memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.
Lebih membanggakan, Wincci mencipta rekod Malaysia apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Dr Soo Wincci
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Azza Elite kini sedang bergiat aktif dalam bidang pengacaraan dan telah menjadi pengacara untuk sebuah rancangan membeli belah nombor satu di Malaysia iaitu Astro Go Shop.
Dalam kesibukan Azza menjadi seorang pengacara, Azza telah memuat naik satu gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen iaitu;
“Jangan cakap kasar dengan mak, jangan kedekut dengan mak. Jasa mak melahirkan dan membesarkan kita tak dapat dibalas dgn wang ringgit.”
“Kalau mak kita sorang sorang kt kg .mohon dengan Allah lindung mak kita ketika mak berseorangan.. deal..”
“Selamat bekerja bg semua yg bekerja untuk bantu ibu bapa kita. biar Allah berkat duit yg kita dpt. sedikit tetapi Allah redha .. akan terasa cukup,” tulisnya.
Selepas lebih tiga minggu selamat bersalin, pelakon Sharifah Aryana akhirnya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya iaitu Amin.
Berkongsikan gambar sambutan Syawal di laman Instagram miliknya, Aryana atau nama sebenar, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid Alyahya, 28, tampil sedondon dengan busana raya berona kelabu.
“Selamat Hari Raya from Jad, Amin and I.
“Raya pertama untuk Amin dan raya pertama kami bertiga,” tulis Yana menerusi ruangan kapsyen.