Selepas lapan minggu bersaing menerusi program Dansa Dan Sing, Sophia Liana bersama ‘troopernya’, Budak Ngam diumumkan juara musim pertama program realiti berkenaan yang menggabungkan tarian dan nyanyian itu, pada Ahad.

Gandingan mereka berjaya mengumpul markah paling tinggi, itu sebanyak 67.06 peratus.

IKLAN

Minggu final yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), menyaksikan anggota kumpulan De Fam itu membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi.

Mempersembahkan tiga tugasan termasuk segmen ‘battle’, persembahan memukau dan konsisten mereka mendapat komen positif juri, sekali gus mengumpul markah tertinggi dari kalangan lima finalis lainnya.

Tempat kedua pula dimenangi Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 termasuk trofi.

IKLAN

Sementara itu, Shiha Zikir & Team Squad menduduki tempat ketiga lalu menerima hadiah wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Mereka mengumpul markah sebanyak 63.27 peratus secara keseluruhan.

Tempat keempat dan kelima dimenangi Wani Kayrie & DeLits disusuli Waris & Alamak.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000.

Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad pula menduduki tempat dengan keenam dengan mengumpul markah keseluruhan sebanyak 56.81 peratus.

Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 bersama trofi.

Malam kemuncak Dansa Dan Sing yang dihoskan Hady Mirza dan Sherry Al Hadad menampilkan Datuk Rizalman Ibrahim dan Linda Jasmin sebagai juri tetapi manakala Datuk AC Mizal dan Han-Byul diundang sebagai juri jemputan.

Markah keseluruhan adalah berdasarkan format 70% daripada juri profesional dan 30% daripada undian peminat secara online.