Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah menetapkan sesi persekolahan akan dijalankan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selepas dua hari perlaksanaan PdPR, penyanyi dan usahawan Fakhrul UNIC turut ada berkongsi pengalaman anaknya menjalani sesi persekolahan yang dijalankan secara dalam talian.
Kongsi Fakhrul, untuk memantau serta melaksanakan PdPR kepada anak-anak bukan satu perkara yang mudah dan penuh dengan cabaran.
“Fuhhh online school day2..kelas straight..baru 2 hari pun mencabar haha. Baru tinggai sat ja sorg dh bukak youtube time kelas, sorg panjat kerusi nak naik motoptut cikgu pggil tak jawab2.
Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengambil insiatif untuk menetapkan sesi persekolahan dijalankan secara PdPR atau sesi pembelajaran dalam talian bermula 20 Januari bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari sehingga 4 Februari hadapan.
Foto: Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menyerahkan kepada pihak peguam bagi mengendalikan isu hangat membabitkan sedutan muzik video lagu rayanya Cak Kun Cak Raya yang disifat keterlaluan.
Aliff berkata demikian sambil memohon maaf kepada pihak media kerana tidak sempat untuk menjawab panggilan kerana baru sahaja menimang cahaya mata ke enam, pada Isnin.
“Untuk isu berkaitan, saya rasa lebih baik untuk saya serahkan kepada pihak peguam untuk buat tindakan sewajarnya,” katanya ringkas.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Konsortium Industri Rakaman Malaysia (Irama) menerusi wakil yang juga Presidennya, Ayob Abdul Majid juga mahu berjumpa dengan Menteri Komunikasi Digital (KKD), Fahmi Fadzil bagi membincangkan isu muzik video berkenaan.
Menurut Ayob, ia berikutan muzik video tersebut yang dikatakan melanggar budaya dan tatasusila masyarakat Malaysia serta menghina kemuliaan bulan Ramadan.
“Saya buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan pegawai yang bertugas mencadangkan agar saya membawa kes itu kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kerana akta yang ada sekarang terlalu longgar.
“Jadi dalam pertemuan dengan Fahmi nanti kami akan menggesa beliau agar membawa isu ini ke parlimen agar akta Seksyen 294 (a) dan 294 (b) digubal semula.
“Kita juga berharap KKD dapat membincangkan isu ini di parlimen seterusnya denda tinggi dikenakan termasuk hukuman penjara bukan sahaja kepada Aliff tetapi juga kepada pencipta kandungan lain yang melakukan perkara sama,” katanya seperti yang dipetik.
Tambahnya lagi, perkara ini berulang kerana hukuman dan denda yang dikenakan terhadap pelaku agak ringan.
“Kebanyakan hari ini mereka tidak takut dengan denda yang ada. Jika tidak dibendung, lebih banyak video yang bukan-bukan akan dihasilkan.
“Jika dilihat, penampilan ahli perniagaan itu bersama lima penari dalam muzik video terbabit memang keterlaluan.
“Kami bukan menyentuh peribadi Aliff atau lagu ini kerana ia sebuah lagu yang bagus, tapi muzik videonya itu memang tidak sesuai untuk tontonan semua terutama generasi muda,” katanya.
Irama pada awalnya enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memberikan promosi percuma kepada usahawan itu.
“Tapi kami didesak oleh orang ramai serta ahli-ahli sendiri yang tidak mahu perkara ini berleluasa. Gelagat Aliff dan lima penari yang berpakaian baju Melayu ketat terkinja-kinja juga dilihat tidak sopan untuk dipertontonkan kepada umum selain merosakkan nilai dan tradisi baju Melayu.
“Kami mahu KKD bertindak terhadap usahawan kontroversi itu selain menyekat lagu dan video terbabit daripada disiarkan.
“Tindakan Aliff Syukri menyalahi undang-undang. Muzik video ini bukan saja pakaiannya menghina baju Melayu, malah ia juga tidak sesuai dipertontonkan terutama dalam bulan yang mulia ini,” katanya lagi.
Sementara itu pada tahun lalu, Aliff turut menimbulkan isu sama apabila muzik video berjudul Kelepok Raya mengundang kontroversi sehingga mendapat kecaman ramai.
Disebabkan itu, Aliff dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung klip muzik video terbabit, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas menjadi sorotan ramai selepas didakwa menumbuk muka isterinya, Nurul Shuhada, pelakon Hafidz Roshdi mengemas kini hantaran terbaharu di Instagram.
Menerusi entri berkenaan, Hafidz berkongsi momen indah bersama dua cahaya matanya, Humairah dan Umar di rumah.
Menerusi hantaran tersebut, Hafidz menerusi kapsyen seolah-olah menjelaskan dia tidak kisah dengan kata-kata orang, sebaliknya memilih untuk memberikan keutamaan kepada permata hatinya.
“Kata la apa pun. Orang bukan tahu macam mana abah sayang anak-anak. Tanggungjawab dekat anak-anak tetap nombor satu,” tulisnya pada video yang turut merakamkan mereka sedang membuat konten untuk satu produk kanak-kanak.
Terdahulu pada semalam, kecoh apabila adik iparnya yang dikenali sebagai Sofea mendedahkan kakaknya telah ditumbuk tiga kali di bahagian muka sehingga mengalami kecederaan.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan dua anak pasangan itu kerana sudah mengganggu kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nourul Wahab menjelaskan dirinya tiada masalah untuk berduet bersama bekas suaminya, Ajai andai diberi peluang dan kesempatan.
Menurut Nourul, suaminya itu sudah lama mengizinkannya jika dia mahu kembali berduet bersama Ajai atas dasar profesionalism.
Kenyataan itu dibuat selepas ada individu yang menghantar mesej personal kepada penyanyi tersebut memberitahu, dia amat merindukan persembahan Ajai dan Nourul di satu pentas yang sama.
“Oh semalam rupanya final #gegarvaganza. Maaf lah tak tengok. Ada mr ajai ya. Tak tahu pulak. Sure he did well. Sampai ada yang hantar message macam ni. Dear my dear fans, i have no problem at all to perform with the one and only like him, Mr Ajai.
“Even my Husband has given me his blessing long time ago based on profesionalism and the duet the me was in one of our chapters in life. I am okay to sing or to do a special show with me Ajai andai semuanya baik baik belaka.
“Yang baik itu semuanya dari Allah. Mudah mudahan ada rezeki kalian untuk melihat semula kami menyanyi duet. Amin,” tulisnya.
Tambah Nourul lagi, segala perancangan diatur oleh Allah dan berharap agar satu hari nanti mereka diberikan kesempatan unuk membuat persembahan bersama untuk mengubati kerinduan para peminat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat sangat teruja apabila mendengar perkhabaran tersebut.
Terdahulu, Ajai dan Nourul sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pada tanggal 25 Disember 1996 sebelum bercerai pada 2007.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ayu Nazirah dan seorang lagi anak angkat bernama Mohd Fairul Ihsan.
Foto: Instagram Nourul Wahab
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“It wasnt me guys, jangan risau ok.”
Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang...