Pelakon dan pengacara, Janna Nick menyelar tindakan seorang individu yang tanpa segan silu meminta bantuan kewangan di ruangan direct message (DM), mendakwa mahu membayar semula barangan yang telah dicurinya.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, ketika orang lain gigih mencari rezeki dan menyimpan, ada pula pihak yang memilih jalan mudah tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung.

“Orang penat kerja dan menyimpan, dia senang je mencuri. Selepas kantoi, minta orang lain bayar,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan isteri kepada pelakon, Dini Schatzmann itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories, baru-baru ini.

Ads

“Sorry, I Benci Orang Malas,” – Minta Duit RM8,500 Sebab Kantoi Mencuri, Janna Nick Bidas Individu Ini!

“Sorry, I Benci Orang Malas,” – Minta Duit RM8,500 Sebab Kantoi Mencuri, Janna Nick Bidas Individu Ini!“Sorry, I Benci Orang Malas,” – Minta Duit RM8,500 Sebab Kantoi Mencuri, Janna Nick Bidas Individu Ini!

“Bertaubat la dik. Hari ini kita curi dan tipu orang, esok Allah balas berkali ganda lebih teruk dari nilai yang kita curi tu. Maaf, saya benci orang malas,” kongsinya lagi.

Ads

Terdahulu, individu berkenaan meminta wang sebanyak RM8,500 kepada Janna Nick kerana buntu dan sudah tiada tempat lain untuk memohon pertolongan.

“Tolong saya kak. Saya kantoi mencuri. Saya memerlukan duit untuk bayar balik tapi saya tiada duit tu.

Ads

“Saya harap sangat dapat bantu saya. Dalam RM8500. Saya tiada sesiapa bang. Tolong saya bang. Mereka nak hari ini juga,” tulis individu tersebut.

Sekadar informasi, Janna dan suaminya kini sedang berada di London, United Kingdom bagi menyambung pengajian dalam bidang perfileman.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI