“Sorry Lah Tak Terlibat, Carry On Please,”- Peminat Reda, Lah Ahmad Umum Tidak Terlibat Projek ‘Bring Back VE’

Share

Penyanyi, Lah Ahmad mengumumkan bahawa dirinya tidak terlibat dengan projek reunion bersama bekas kumpulan lamanya Voice of Euphonious atau lebih dikenali sebagai V.E.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Lah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“Sorry, Lah tak terlibat.

“Keep calm and carry on please. Thank you,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Kau Tercipta itu tidak pula berkongsi sebab dan alasan mengapa dirinya tiada di dalam projek berkenaan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selain turut menitipkan ucapan semoga karier solo Lah akan terus sukses.

Semalam, V.E telah pun mengumumkan barisan lengkap anggota kumpulan yang akan beraksi untuk projek Bring Back VE terdiri daripada Dami Mikhail, Zaf Nazaruddin, Icha Khalil, Shah Azmir, Luq Hakim.

Sementara itu, tempat Lah pula telah pun digantikan dengan seorang lagi penyanyi, Adeep Nahar.

Sumber: Instagram Lah Ahmad & V.E

Published by
Aizam Manaf