
Penyanyi Andi Bernadee mengundang perhatian netizen apabila memuat naik rakaman di laman Instagram menampilkan dirinya bersama seorang wanita sedang menari ikut irama di dalam sebuah rumah.
Bagaimanapun, perincian mengenai pasangannya itu tidak pula didedahkan.
Andi dan wanita itu dilihat cukup menghayati gerak tari lagu yang difahamkan ia single terkini Andi berjudul Shimmy yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Netizen bagaimanapun mempersoalkan siapa gerangan wanita tersebut dan menyatakan perbuatan Andi cukup ‘memulakan’ hati peminat.
Malah ada yang mempertikai dan mengatakan tarian seksi yang dilakukan merupakan satu hal yang tak baik.
Andi bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi berkenaan tarian tersebut.
Setakat ini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 540,000 dengan lebih 2800 komen.
Foto : Instagram Andi Bernadee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Nak Tercabut Jantung,” -Teruja, Datin Rabecca Terima Kejutan Hari Jadi Dari Suami

Jika awal pagi semalam, Datin Rabecca Nur Al-Islam telah menerima mesej romantis bersempena dengan ulang tahun hari jadinya yang ke-33 dari suaminya,Datuk Nor Azam.
Sementara malam tadi pula, Rabecca telah menerima kejutan dari suaminya.
Malah, video tersebut turut dikongsikan Rabecca di Instagrammya.
“Macam Nak tercabut Jantung Last night???Ya Allah Terkejut gila?….Sabar je la En Suami ni @azambecca …..
“Kita ni Kelam kabut la balik Sebab En Suami kata Nak Blanja Birthday Dinner kat luar And @syafieq_ayman And @e.z2828 Pun Akan Join dinner,So balik Awal,Atlist Nak mandi dulu And pakai baju Cantik2,Skali Bukak Je Pintu amik ko???Ramaiiiii nya…. #ithoughtthesurprisewillbeoutside Skali kat Rumah dah?…..
“Apa2 Pun Uolss BerJAYA Kali Ni okay,Nak tercabut Jantung,Sampai Nak tido Pun sakit terus Dada kiri?….
“Thank you En Suami,And Thank You To All Of You,Yg Rancang Surprise ni,Memang Menjadi??? #mrsazam #30042019 #alhamdulillah #syukurselalu #beccaturns33,” tulisnya.
https://www.instagram.com/rebeccanuralislamahmad/p/Bw5xezfHjcW/?igshid=1p5bklr4dzwb7
Video tersebut memaparkan ekspresi wajah Rabecca terkejut dan teruja mendapat kejutan istimewa dari suami tercinta.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan di kediaman Rabecca yang turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
“Tiada Kata Kata Yg dapat Meluahkan Bertapa Berterima Kasih nya Saya Kepada Anda Semua??….
“Hanya Doa Saya BerDoa Allah SWT Memberikan Segala Kebaikan Kalian Kepada Saya,Balik Semula Kepada Anda Semua??Semoga Kita Semua Saling Sayang Menyayangi,Saling DiMurahkan Rezeki Dan Yg Paling Penting Keberkatan Hidup Yg Tenang Dan Di Sayangi Allah SWT….Ameen AllahHuma Ameen…..
“Thank You Allah??Thank You To All Of You,” tulisnya lagi.
https://www.instagram.com/rebeccanuralislamahmad/p/Bw6AkBOH_-S/?igshid=1tjwkdf7nncjp
https://www.instagram.com/rebeccanuralislamahmad/p/Bw6GywUHv-G/?igshid=1kwnmr9orjub3
https://www.instagram.com/rebeccanuralislamahmad/p/Bw57ZTqHnXR/?igshid=fo7ymjlyoqed
Foto/Video : IG Rabecca
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Reen Rahim Tak Takut Saham Jatuh Lepas Bergelar Isteri; “Kalau Bukan Rezeki Dalam Industri, Mungkin…”

Bakal diijabkabulkan pada Sabtu ini bersama jejaka pilihan hati, Mr. H, pelakon Reen Rahim berkata dia tidak risau sekiranya ‘sahamnya’ jatuh selepas bergelar isteri.
Reen atau nama sebenar, Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata dia tidak berasa bimbang sekiranya tidak laku selepas berumah tangga kerana sentiasa percaya dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
“Saham jatuh? Saya tidak takut atau risau mengenai hal tersebut.
“Saya tetap percaya dengan rezeki Allah SWT. Selama ini pun tawaran berlakon memang sentiasa ada dan Tuhan aturkan semuanya dengan cantik.
“Kalau saya perlahankan karier mungkin sebab faktor umur dan bukan sebab berkahwin. Perjalanan saya dalam industri pun memang perlahan sebelum ini, tak terus memuncak… jadi saya percaya pada rezeki yang Allah sudah susun.
“Saya tiada isu nak takut saham jatuh selepas kahwin. Kalau bukan rezeki dalam industri mungkin dekat tempat lain yang Allah sudah sediakan,” katanya kepada MH.
Reen bakal disatukan dengan Mr. H pada Sabtu ini dan majlis resepsi pula diadakan pada Ahad seperti mana yang dimaklumkan dalam majlis sidang media pada 8 Disember lalu.
Pelakon berusia 34 tahun itu hanya akan mendedahkan identiti bakal suami pada majlis pernikahan, esok.
Keseluruhan tiga majlis iaitu berinai, akad nikah dan resepsi pelakon asal Klang, Selangor itu mendapat tajaan berjumlah RM15 juta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Farid Kamil Titip Bagi Filem Anwar The Untold Story; “Sampaikan Saya Dinasihatkan Pihak Produksi Supaya…”

Pelakon Farid Kamil akui sepanjang menjalani penggambaran filem Anwar The Untold Story, dia sentiasa menitipkan doa seterusnya mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri ke-10.
Ini kerana menurut Farid, dia tidak mahu berdepan sebarang kemungkinan filem itu tak dapat ditayangkan sekiranya perkara tidak berlaku.
Untuk rekod, ketika penggambaran filem berkenaan sedang berlangsung sekitar November tahun lalu, Anwar sedang bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
“Sebelum buat filem tersebut, saya sentiasa berdoa. Sebab sebagai pelakon, jika filem lakonan saya tidak dapat ditayangkan di negara sendiri apalah perasaan yang saya harus harungi.
“Jadi setiap hari saya berdoa, untuk filem ini ditayangkan di Malaysia, Anwar harus diberi peluang untuk memerintah dengan menjadi Perdana Menteri.
“Sampaikan saya dinasihatkan oleh pihak produksi supaya jangan terlalu yakin, kerana mereka sudah banyak kali dikecewakan sebagai pembikin filem.
“Bagi membawakan watak Anwar bukan sahaja saya perlu menjadi percaya pada dia tetapi saya sudah pun percaya dengan sosok Anwar sebelum saya terbang ke Indonesia bagi menjalani penggambaran,” katanya.
Farid berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media filem Anwar The Untold Story yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Selain Farid, Anwar The Untold Story turut dibintangi Acha Septriasa, Hasnol Rahmat dan ramai lagi.
Filem arahan Viva Westi itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula Mei depan.
Anwar The Untold Story berkisarkan mengenai jatuh bangun perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik terutama melawan rasuah.
Filem diusahakan sejak Ogos 2011 ini siap dan kini bersedia untuk ditayangkan. Set masa filem ini ialah dari tahun 1993 hingga September 1998, iaitu ketika Anwar mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sehinggalah dipecat.
Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak tertentu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI