Penyanyi Andi Bernadee mengundang perhatian netizen apabila memuat naik rakaman di laman Instagram menampilkan dirinya bersama seorang wanita sedang menari ikut irama di dalam sebuah rumah.
Bagaimanapun, perincian mengenai pasangannya itu tidak pula didedahkan.
Andi dan wanita itu dilihat cukup menghayati gerak tari lagu yang difahamkan ia single terkini Andi berjudul Shimmy yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Netizen bagaimanapun mempersoalkan siapa gerangan wanita tersebut dan menyatakan perbuatan Andi cukup ‘memulakan’ hati peminat.
Malah ada yang mempertikai dan mengatakan tarian seksi yang dilakukan merupakan satu hal yang tak baik.
Andi bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi berkenaan tarian tersebut.
Setakat ini, video tersebut telah mendapat tontonan lebih 540,000 dengan lebih 2800 komen.
Foto : Instagram Andi Bernadee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nora Janji Akan Jaga Anak-Anak Kita Hingga Ke Hujung Nyawa,” – Ulang Tahun Perkahwinan, Ini Ingatan Nora Ariffin Buat Arwah Suami
Bukan satu perkara mudah untuk dilalui apabila kehilangan insan yang amat disayangi dalam kehidupan kita.
Penyanyi lagu yang terkenal lagu Dipersimpangan Dilema itu telah mengimbau kembali kenangan manis bersama arwah suaminya, komposer Johan Nawawi.
Difahamkan, hari ini merupakan ulangtahun perkahwinan yang ke-28 tahun Nora bersama arwah suaminya.
“HAPPY 28th ANNIVERSERY TO NORA & JOHAN.
“Abang….nora janji akan jaga anak2 kita hingga ke hujung nyawa.In Shaa Allah.
“Song: PINTA DUET NORA & JOHAN NAWAWI. Composed by Johan Nawawi
Lirik by Amran Omar.,” tulisnya ringkas.
https://www.instagram.com/tv/B-vZ-iBngi6/?igshid=hsj2ozpmcdvb
Di samping itu, peminat juga turut berasa sedih dan bersimpati terhadap nasib yang menimpa dalam hidup Nora.
Terdahulu arwah suami Nora, Allahyarham Johan Nawawi telah kembali ke rahmatullah pasa 24 Mac 2017 akibat serangan sakit jantung.
Foto : Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Namun Tak Perlulah Sampai Terlalu Berharap…,” – Siti Nurhaliza Tak Kejar Gelaran Biduanita Walau Lakar Sukses 28 Tahun Jadi Anak Seni
Setelah menempa nama dan mengecap pelbagai kejayaan hebat sepanjang 28 tahun penglibatan dipersada muzik tanah air, kini ramai yang merasakan sudah tiba masanya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan gelaran biduanita negara.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
“Dalam satu masa, saya ucapkan alhamdulillah.
“Namun, dalam sisi lain pula, saya menganggap, kalau perkara itu nak terjadi atau pengiktirafan itu ingin diberikan, sampai masanya akan dapat juga,” katanya kepada MH.
Jelas penyanyi lagu Purnama Merindu itu lagi, walau apapun yang berlaku, fokusnya hanyalah untuk menghasilkan karya terbaik selain menghiburkan para peminat yang telah menyokongnya selama ini.
“Namun, tak perlulah saya sampai terlalu berharap sangat kerana kerja-kerja yang saya lakukan ini memang minat dan kesukaan saya.
“Malah, saya juga suka melihat peminat saya gembira. Saya pun tidaklah terlalu
memikirkan sangat tentang ganjaran
bila buat sesuatu perkara.
“Saya buat semua ini kerana ia menggembirkan hati saya. Saya rasa senang dan seronok bila dapat menggembirakan hati orang lain,” ulasnya lagi.
Tedahulu, menerusi satu hantaran di laman Instagram, Siti akui teruja perjalanan seninya sudah pun meniti usia genap 28 tahun, hari ini.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, perjalanan hampir tiga dekad ini telah mematangkan dirinya dan banyak memberikan pengajaran hidup.
Malah, dikesempatan itu juga, Siti turut merakamkan ucapan perhargaan kepada semua pihak yang telah menjadi tulang belakang dan saksi kejayaannya sepanjang 28 tahun bergelar anak seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit: Instagram CTDK
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Ini Saya Sah Bergelar Isteri Kepada Zulkifli,” – Sekali Lafaz, Farawahida Selamat Kahwin Lagi
Penyanyi, Farawahida tampil mendedahkan dirinya sudah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Zulkifli dengan sekali lafaz, hari ini.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Tanpamu ini memaklumkan, majlis dilangsungkan di Masjid Daerah Taiping, Perak.
“BISMILLAH. 19 mac 2021. Alhamdullilah, hari ni saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping.
“Mohon kawan² yg saya kasihi, doakan semoga kebahagian ini sampai hingga ke Jannah, Amiin,” tulisnya menerusi satu hantaran terkini di Instagram.
Dia pada masa akan menjelaskan mengenai butiran perkahwinannya secara terperinci selepas majlis selesai.
“Untuk rakan-rakan media yg saya hormati majlis masih lagi berlangsung, segala statement akan diberi setelah majlis selesai. Terima kasih,” tulisnya lagi.
Sebelum itu, Farawahida memuat naik mengenai majlis pertunangannya di Insta Story, sekali gus menjawab teka-teki rumah tangga yang dibina sebelum ini sudah berakhir.
Dia yang menggayakan persalinan sedondon berwarna coklat cair bersama seorang lelaki duduk di atas pelamin dengan kapsyen ‘tunang’.
Bagaimanapun, wajah lelaki tersebut ditutup dengan jambangan bunga tangan.
Farawahida menerusi media sosial turut memuat naik kembali ucapan tahniah serta ucapan dedikasi sempena ulang tahun kelahiran dari peminat serta kenalan.
Untuk rekod, Farawahida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor Mohd Zain di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak pada 16 Disember 2013.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI