Isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim menyatakan kerinduan terhadap arwah ibu saudara tercinta yang telah kembali ke rahmatullah.

Ulasnya disebabkan larangan menziarahi kubur pada hari raya pertama, maka dia dan keluarga melepaskan kerinduan beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri.

Ibu kepada empat orang anak itu turut mengimbau kembali detik mereka sekeluarga sibuk menyediakan rendang setiap kali menyambut perayaan.

“Sorry Ma.. Raya pertama x boleh pi umah Mama. Kita tukar arini ye.

IKLAN

“Selamat Beraya kat tmpt baru Ma. Kami bakal menyusul. Btw, thn ni rendang kitorg x tau mampu ke tak buat mcm mama.. .
Halahhhh… sedey la pulak.

“Kuali yg biasa mama masak tu pon Ain dah kluarkan.. cuma mcm tak mampu je nk ngadap.. kite tgk la cemana kejadiannya nanti ye Ma. Alfatihah Mama,” kongsinya sebak.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/CAeZlHeAqT5eHX8dQOF0Dw3_MhR95t4nqCxv-A0/

IKLAN

Mama merupakan panggilan Sheila kepada ibu saudaranya yang meninggal dunia November tahun lalu akibat diserang angin ahmar.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, Allahyarhamah Rosiyah Mad Ali menetap serta dijaga oleh dia dan isteri sejak 10 tahun lalu dan pemergiannya satu kehilangan besar buatnya sekeluarga.

Foto : Instagram Sheila Razlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI