Perkongsian video yang dimuat naik pelakon, Mas Khan pada Ahad nyata menarik perhatian ramai pihak.
Menerusi video berdurasi 30 saat itu, Mas Khan atau mana sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan dilihat mengenakan pakaian wanita dan rambut palsu berwarna perang.
Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat bersyukur dan terharu apabila majlis ramah mesra bersama kelab peminat berjalan dengan sukses meski berlangsungnya perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di beberapa lokasi, semalam.
Perhimpunan berkenaan turut menyebabkan beberapa buah jalan utama di ibu negara ditutup.
Bercakap mengenai program berkenaan dengan lebih lanjut, bintang yang bakal muncul menerusi single terbaru tidak lama lagi itu memberitahu, setiap tahun dia bersama kelab peminat akan memikirkan majlis yang membolehkan merapatkan hubungan dengan beramah mesra selain mengisi masa bersama.
Pertandingan boling yang diberi nama AJ Pinbusters 2.0 itu diadakan di Wangsa Bowl, One Utama, memulakan saingan sekitar jam 2.00 petang.
“Sengaja kami memilih sukan boling bagi merapatkan hubungan selain dapat meluangkan masa bersama. Mengapa tidak? Tapi mujurlah, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, saya ingat tak ramai yang hadir, rupa-rupanya mereka masih menyokong dan sudi hadir. Malah, ada peminat dari Singapura turut datang,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ayda turut berkongsi lebih 180 peminat hadir bagi meraikan program main boling tersebut di samping ada juga peminat yang bukan di kalangan ahli kelab yang turut mendaftar bagi sama-sama bersaing.
“Ada wajah yang saya kurang familiar, tetapi mereka datang untuk menyokong. Kebanyakannya di kalangan remaja. Syukur dan terima lasih buat semua. Alhamdulillah, semuanya sukses dan harapnya ini bukan yang terakhir.
Berkongsi foto sekeping borang permohonan meneruskan pengajian di institut pengajian awam, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan, menjadi pelajar yang memiliki ijazah merupakan impian yang ingin dicapai.
Malah, dia turut meminta pengikutnya di laman sosial agar kongsikan pengalaman belajar.
“Siapa budak uitm kat sini?? jom abg share pngalaman abg.. abang ni mmg selalu berangan nak masuk universiti nak jadi budak pandai ada sijil.
“Kalau tanya abang apa lagi yg abang nak capai dalam hidup ni …abang nak ada Ijazah untuk abang lengkapkan ilmu dunia abang sebab abang sedar Ilmu tu sangatlah penting,” tulisnya.
Katanya lagi, walaupun menyedari dirinya tidak layak, namun dia menegaskan ilmu sangat penting untuk melengkapkan lagi diri.
“Walaupun abang mmg secara jujurnya tak layak pun nak masuk universiti tapi abang tekad untuk abang capai sesuatu dalam hidup abang…seperti pepatah ada mengatakan ‘tuntutlah Ilmu sampai ke negara china,” luahnya lagi.
Jelas penyanyi Bobo Di Mana itu lagi, arwah bapanya pernah menyatakan hasrat untuk melihat anaknya melanjutkan pengajian di universiti.
“Arwah abah abg.. memang nak sangat abang masuk Industi insya-Allah Walapun arwah dah tak ada abang nak buktikan yang abang juga boleh ada segulung ijazah
“Abang juga tahu walaupun iainya hanya sekeping kertas tapi Ilmu yg kita dapat sampai mati kita bawa kan….Abang harap sangat abang diterima masuk dan dapat belajar macam orang lain……sebab abang percaya tiada yg mustahil dalam dunia ni.
“Kenapa orang lain boleh abang x boleh…tolong doakan abang ya semua,” kongsinya panjang lebar.