Menjadi carian paling popular berkat kesungguhan membantu Ainul Mardhiah dalam menjayakan pembedahan membuang tumor, Dr Amalina Bakri kini mendapat pujian ramai.
Kritikan terhadap penampilan wanita berasal dari Kota Bharu Kelantan ini kian berkurangan.
Ada netizen yang menjelaskan, jangan pernah menilai seseorang menerusi luaran beserta pelbagai pandangan lainnya.
Menerusi perkongsian pengacara, Fedtri Yahya dari tulisan Ustaz Pahrol Juoi, katanya sudah menjadi tugas seorang khalifah dalam meningkatkan daya fikir demi memajukan ummah dan nilai kualiti diri.
Tambahnya lagi, manusia yang berusaha mencari kebaikan tidak akan pernah rugi.
“Berfikir untuk majukan ummah. Seorang Mukmin yang menjalani peranan sebagai khalifah hendaklah sentiasa meningkatkan daya fikir untuk memajukan ummah dan membantu kemaslahatan ummah supaya umat Islam akan terus berdiri kukuh dengan nilai kualiti diri yang tinggi di muka bumi ini.
“Justeru, seseorang yang sentiasa berdoa yang berusaha menjadi baik secara ikhlas kerana Allah SWT sudah pastinya Allah SWT akan meletakkannya dalam kalangan orang yang baik dan menjauhi dirinya daripada perkara yang membawa kepada kemaksiatan.
“Begitu juga Mukmin yang Allah SWT berikan kebaikan kepada dirinya, Allah SWT juga akan memberikan kefahaman ilmu kepadanya untuk memahami inti pati al-Quran dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan.
“Manusia yang sentiasa berusaha mencari kebaikan tidak akan rugi kerana walaupun berdepan dengan ujian dan musibah yang barangkali mencederakan perasaan manusia, tetapi hatinya akan sentiasa terbimbing dengan ilmu Allah SWT dan kasih sayangnya akan sentiasa menyelimuti manusia yang berusaha untuk mentaati Allah dan menjadi khalifah yang baik di bumi Allah ini.
“Oleh itu, rajinkan diri mencari ilmu untuk menjadi manusia baik di sisi Allah dan dalam kalangan manusia. Manusia yang baik akan sentiasa mendapat kebaikan dan disayang manusia lain.
“Seseorang yang membahagiakan akan mendapat bahagia, begitu juga manusia yang sering memberi akan menjadi manusia yang akan banyak menerima.
“Tulisan: Ustaz Pahrol Juoi.”
Gambar
Dalam perkembangan lain, adik Ainul Mardhiah sudah pun sedar selepas menjalani pembedahan kira-kira lima jam bagi membuang tumor pada bahagian mulut seberat 200 gram.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semua tahu yang diva pop ini tidak memiliki akses terhadap kewangannya sendiri kerana dikawal oleh ayahnya yang bertindak sebagai conservator. Namun nampaknya kini sedikit demi sedikit perkara itu berubah rentetan dari kes Britney mengheret ayahnya ke mahkamah atas segala ‘penderaan’ yang dilakukan.
Kelmarin dalam satu hantaran video di laman Instagramnya, pemenang anugerah grammy ini berkata kepada para pengikutnya, “Ok guys, berita hebat! Saya mendapatkan iPad pertama saya hari ini. Saya dah bersiap dan sedang bekerja di halaman rumah dan kemudian bila saya ke dapur saya ternampak bungkusan yang ditempah. Ia adalah iPad!”
Dia menambah lagi, “Saya sangat teruja, selama ini hanya anak-anak saya yang memilikinya. Ini baru hari yang hebat! Selama ini saya hanya ada sebuah telefon kecil, tetapi sekarang iPad ini berada di tangan saya dan saya merasa hidup saya berubah ketika kita bercakap dan saya sangat teruja.”
Rata-rata peminat berkongsi rasa gembira mereka kepada Britney yang ketika ini dalam kemelut perjuangan untuk menamatkan tugas ayahnya sebagai conservator. Selama 13 tahun sejak 2008, ibu kepada dua anak ini tidak memiliki akses langsung kepada sumber kewangan dan juga penjagaan kesihatan buat dirinya. Ini rentetan dari arahan mahkamah yang merasakan Britney tidak mampu menguruskan dirinya sendiri ketika itu.
Penyanyi yang kini berusia 40 tahun itu nampaknya benar-benar nekad untuk bebas dan tidak lagi dikongkong sesiapa. #freebritney
Sumber: Instagram Britney Spears
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Izreen Azminda memaklumkan ibunya telah mengalami sakit jantung secara tiba-tiba, pada Selasa.
Pemilik nama lengkap Izreen Azminda Aznam telah memberitahu berita tersebut bersama pengikut di akaun media sosial Instagram miliknya.
Pada masa sama, pelakon berusia 36 tahun ini turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan keadaan ibunya saat mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Di samping memohon doa orang ramai buat ibu tercinta, Izreen turut berkongsi cerita akan situasi cemas yang dialami.
“Saya memohon kepada semua mendoakan ibunda saya supaya diberi kesembuhan dan kesihatan yg lebih baik InsyaAllah.
“Tiba-tiba dia mengadu sakit jantung. Gigil-gigil tangan bawa kereta amik dia kat rumah, semoga dipermudahkan,” tulisnya.
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...