“Sorry Sayang,” – Tak Ingat Lokasi Pertama Bercinta, Eyra Hazali ‘Tarik Muka’ Dengan Suami

Share

Sudah melayari bahtera perkahwinan kira-kira lebih dua bulan, pelakon Eyra Hazali dan suaminya, Muhammad Haziq Nadzli dilihat ada bermain teka-teki.

Ia berkenaan dengan menjawab soalan perihal hubungan percintaan mereka.

Menerusi video Youtube Channel Eyra, suaminya yang juga penjaga gol pasukan kebangsaan itu telah ditanya Eyra itu untuk menjawab beberapa soalan.

Antara soalan yang diajukan Eyra kepada Haziq seperti;

“Dimakakah lokasi pertama kita ketika bercinta?”,” soal Eyra.

Bagaimanapun, Haziq tidak berjaya menjawab soalan tersebut.

“I tahu kita makan Secret Recipe, tapi lupa nama mall,” kata Haziq. 

Beberapa minit kemudian, bintang bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara itu cuba meneka berkali-kali untuk mengingati kenangan tersebut, namun gagal.

“I lupalah sayang, sorry. Macam mana I boleh lupa,” keluh Haziq. 

Pasrah dengan jawapan yang diberikan si suami, Eyra bagaimanapun mulai ‘menarik muka’ dan merajuk.

Tidak mahu melengahkan masa, Eyra akhirnya membongkar jawapan dan mendedahkan lokasi pertama mereka berjumpa ketika bercinta.

“Jawapannya Secret Recipe NU Sentral!,” kata Eyra.

Nak lihat telatah pasangan sama cantik sama padan ini dalam menjawab soalan-soalan perihal perhubungan, boleh tonton video di bawah.

Mengimbas memori manis, pelakon Mr. Grey itu selamat diijabkabulkan pada 1 November 2019 dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.

Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga

Video : Youtube Eyra Hazali Channel

Published by
MH