Pasangan pelakon sama cantik sama padan, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian peminat.
Azwan atau nama sebenarnya Mohamad Al-Azwan Kombos ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Azwan telah mengimbau kembali kenangan ketika dia melangsungkan majlis pernikahan bersama isteri tercinta.
Di samping itu, bintang filem Juvana 3 itu sempat menitipkan kata-kata ucapan yang sangat romatis kepada Ezzaty dalam rakaman video tersebut.
“Happy anniversary to my wife untuk tahun yg ke-3. Semoga tahun2 ini akan sentiasa bertambah di masa2 akan datang.
“Sorry tahun ni xda hadiah best2 pun, job tak kencang sgt, in shaa Allah tahun depan i kasi 2 hadiah sekaligus. Love you @ezzatyabdullah #aeffection,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat juga turut memberikan kata-kata ucapan kepada pasangan romatis ini.
Terdahulu, Azwan telah sah bergelar suami kepada Ezzaty pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dahlia pada 7 Disember 2017.
Video : Instagram Azwan Kombos