Selepas tular tempoh hari mengenai lagu Sesungguhnya versi terkini nyanyian Raihan dan Alif Satar, kini Hero Remaja, Fattah Amin pula dilihat turut cuba bagi mengembalikan kegemilangan Raihan dengan menyanyikan lagu Iman Adalah Mutiara pula.
Menyanyikan versi akustik bersama alunan gitar, pelakon dan penyanyi popular ini dilihat cukup menghayati setiap bait lirik lagu dengan suara gemersik.
Bagaimanapun, malangnya ada netizen yang memberikan reaksi sinis.
Ruang komen suami kepada Fazura ini dipenuhi kritikan, hingga ada yang menyarankan agar dia terus setia kepada dunia lakonan semata.
Bahkan, pelakon kacak ini juga diminta untuk mengambil kelas nyanyian sebelum menyambung niat menjadi penyanyi secara profesional.
Apa-apa pun, usaha Fattah Amin boleh dipuji. Semoga terus berjaya. Masing-masing juga berhak memberikan pandangan. Tak gitu?
Foto : Instagram Fattah Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Air Mata Senang Meleleh, Ke Cengeng Melebih-Lebih?,” – Taip Ucapan Pun Nangis, Indahnya Ucapan Misha Omar Mengalir Buat Cikgu Datuk Syafinaz Selamat!
Penyanyi, Misya Omar tidak dapat menahan sebak dalam ucapannya bersempena dengan ulang tahun kelahiran individu paling istimewa baginya yang juga merupakan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.
Menurut Misya, Datuk Syafinaz merupakan antara individu yang paling banyak berjasa di dalam kariernya terutamanya dalam mengembalikan semula keyakinannya terhadap dunia nyanyian.
“Selamat Hari Jadi Datuk Syafinaz Selamat. My Teacher, My Superwoman, My Mentor. Siapa macam Kak Mitch, bila cakap pasal cikgu korang je airmata senang nak meleleh. Ke sebenarnya Kak Mitch ni cengeng melebih-lebih.
“Im sorry okay. Susahnya nak buat ucapan pada orang yang hebat macam cikgu Kak Mitch ni sebab jasa dia terlalu besar. Tak tau nak balas dengan apa tapi pada dia yang simple sangat tu. Belanja makan cake je dia dah happy dah.haha,” tulisnya.
Menerusi video dedikasi yang dimuat naik di laman Instagram, penyanyi lagu Tanpa Rela turut menitipkan doa semoga semoga Datuk Syafinaz sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama orang sekeliling.
“Mari kita sama-sama ucapkan happy birthday to her ok? Kita sama-sama doakan biar Allah selalu kasihi cikgu kak Mitch ni. Sihat selalu, cantik selalu, bahagia selalu. Aminnn!
“Type pun nangis ni. Ni take yang ke 5 sebenarnya. Tetap jugak Kak Mitch Nangis. Tak tau nak edit macam mana. Aaahhh biarlahh. I love you, cikgu,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebab menyaksikan video berkenaan selain turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Datuk Syafinaz.
Sumber: Instagram Misha Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jalaluddin Hassan Titip Nasihat Hargailah Isteri; “Pegang Kasih Sayang Itu, Rumah Tangga Akan Selamat.”
Pelbagai kisah rumah tangga diganggu individu ketiga sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan, baik daripada golongan selebriti mahupun orang biasa.
Bercakap secara umum, pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan, 69, menitipkan pesanan serta nasihat buat para suami agar sentiasa menghormati isteri serta memahami perasaan suri hidup masing-masing.
“Setialah dengan isteri, hormati dan fahami perasaan mereka.
“Dalamilah erti kesetiaan dan hargai kerana hidup tanpa janji akan menjadi tidak bermakna.
“Pegang kasih sayang itu dan insyaAllah rumah tangga kita akan selamat. Cuma, saya tidak faham bagaimana seorang wanita sanggup melukai hati wanita lain,” katanya.
Dalam pada itu, Jalaluddin turut bersimpati dengan golongan isteri yang pernah menjadi mangsa keganasan suami sendiri.
Menurutnya, tindakan sebegitu adalah sesuatu yang perlu dikecam kerana suami, sifat azalinya adalah untuk melindungi isteri serta orang tersayang.
“Jika semuanya itu benar-benar berlaku, memang kasihan kepada si isteri dan saya tak bersetuju dengan tindakan sebegitu.
“Namun, kadang-kadang ada juga isteri berlagak jadi mangsa dan ada juga segelintir isteri yang sengaja mereka-reka cerita sehingga perkara itu memberi persepsi buruk terhadap si suami.
“Kita memang kena berhati-hati dengan kes-kes sebegini,” katanya.
Jalaludin pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Hashimah Aksan pada tahun 1977 sebelum arwah isterinya menghembuskan nafas terakhir pada 2016.
Kemudian, pada tahun 2017, beliau kembali bergelar suami kepada Datin Rapidah Abdul Ghani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bergelar Duta Global Calvin Klein, Army Teruja Jungkook BTS ‘Belanja’ Tubuh Fit
Anggota kumpulan Kpop BTS, Jungkook, 26, secara rasmi telah dilantik sebagai duta global bagi jenama pakaian popular dunia, Calvin Klein.
Pengumuman itu dikongsikan jenama tersebut menerusi platform media sosial mereka baru-baru ini.
Menerusi video kempen terbaharu menampilkan Jungkook sebagai wajah baharu mewakili jenama tersebut, penyanyi itu turut menayang bahagian perut six-pack sehingga membuatkan peminatnya dari seluruh dunia teruja.
Malah, pemilihan Jungkook juga dilihat memberikan hasil pulangan lumayan buat jenama dari Amerika Syarikat itu apabila kebanyakan produk terbaharu mereka yang digayakan penyanyi itu telah habis terjual di seluruh dunia dalam tempoh masa yang singkat.
Pengaruh Jungkook juga telah menyebabkan stok saham Calvin Klein terus melonjak naik secara mendadak sebanyak 20 peratus pada hari yang sama dengan pengumuman tersebut.
BTS kini berada dalam tempoh berehat selama dua tahun berikutan terikat dengan latihan ketenteraan yang wajib dijalani semua warganegara lelaki di Korea Selatan.
Buat masa ini, ahli kumpulan paling tua iaitu Jin, 31, sedang mengikuti latihan tersebut dan bakal disusuli dengan J-Hope, 29, dalam tempoh terdekat ini.
Selain Jungkook, Jin dan J-Hope, BTS yang ditubuhkan pada tahun 2013 itu turut dianggotai RM, Suga, Jimin dan V.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI