Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 22 Februari depan, Norman Hakim bersama ahli keluarganya melakukan solat jemaah dan berdoa beramai-ramai buat anaknya, Danish Hakim.

Menerusi perkongsian, Danish dilihat turut bersalam dengan ahli keluarga bagi mengambil keberkatan daripada kedua orang tuanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

“Solat jemaah & doa selamat ‘kita2 aje’ sempena Abg @danishhakimofficial nak start exam SPM 22/2/2021 ni. Cabaran ‘psikologi’ buat Danish & semua pelajar2 form 5 tahun 2020 sepanjang tahun lepas hingga ke tahun ni.

“Doa kami buat Abg Danish & juga buat pelajar2 form 5 yg lain akan sentiasa mengiringi kalian semua Aamiin Ya Rabb,” tulis Norman.

SPM : Norman Hakim Buat Solat Jemaah & Doa Selamat, Anak Sulung Cium Tangan Ibu Ayah Ambil Berkat SPM : Norman Hakim Buat Solat Jemaah & Doa Selamat, Anak Sulung Cium Tangan Ibu Ayah Ambil Berkat

IKLAN

Sementara itu, Memey turut menitipkan dedikasi, sambil mendoakan agar kesemua calon SPM tahun ini dipermudahkan.

“Abg @danishhakimofficial dah nak start exam SPM. Cabaran besar utk semua anak2 yg nak ambik exam sama baya dgn danish, dari tahun lps dgn situasi pembelajaran norma baru.

“Sampai waktunya juga utk exam. Semoga dipermudahkan segala urusan mu anak. Kami tau abg dah usaha sebaik mungkin.

IKLAN

“Semoga diterangi hati untuk jawab segala nya dgn mudah & tenang. Doa mama @abby_abadi112 abah @jaiezzany, mummy & papa @normanhakim_786 akn selalu mengiringimu Anak.

“Buat yg terbaik. We love u. All the best utk anak2 yg nak ambik spm juga ye. Semoga berjaya dunia akhirat.

“Jgn lupa minta ampun maaf pd semua, pada guru2, mintak halalkan segala ilmu, doa, & usaha buat yg terbaik.. semoga semuanya dipermudahkan,” tulisnya lagi.

IKLAN

Danish merupakan anak sulung kepada Abby dan bekas suami, Norman Hakim. Pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2002 sebelum bercerai pada tahun 2008.

SPM : Norman Hakim Buat Solat Jemaah & Doa Selamat, Anak Sulung Cium Tangan Ibu Ayah Ambil Berkat

Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Foto: Instagram Danish Hakim, Memey Suhaiza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI