Sporting Ikut Tema Konsert Melly Goeslaw ‘Back To School’, Gaya Permaisuri Selangor, Tokti & Fazura Raih Perhatian Ramai

Share

Konsert penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw ternyata cukup memberikan kepuasan buat 3,000 peminat setianya.

Meriah dengan tema ‘Back To School’, Konsert Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur dihiasi dengan persalinan sekolah daripada penonton yang hadir.

Tetamu VIP seperti Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin turut sama ‘sporting’ menggayakan baju sekolah.

Turut sama mengikuti ‘dresscode’ ialah ramai selebriti tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Izara Aishah, Fazura, Fattah Amin, Mimi Lana, Syafiq Kyle dan Puteri Aishah.

Rakan-rakan artis dari Indonesia turut sama terbang ke ibu kota bagi memberikan sokongan buat Melly, antaranya, penyanyi Rossa, Mayang Sari, Yuni Shara dan pelakon Raffi Ahmad.

Mereka juga turut sama menggayakan persalinan persekolahan sekali gus kembali mengimbau zaman-zaman ketika di high school.

Konsert Ada Apa Dengan Melly? berlangsung dengan cukup meriah, dengan Melly membawakan seleksi 27 lagu hit antaranya Ku Bahagia, Ada Apa Dengan Cinta, Jika, Gantung, Tak Tahan Lagi, Tentang Seseorang dan banyak lagi.

Selain itu, Melly turut menyanyikan lagu-lagu ciptaannya seperti Hanya Memuji nyanyian Marcell dan Shanty, Cinta Sejati (Bunga Citra Lestari), Menghitung Hari (Kris Dayanti) dan Tegar (Rossa).

Konsert itu akan berlangsung pada malam kedua hari ini, di lokasi yang sama di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar