
Bak kata orang, apabila sudah berkahwin dengan seseorang, haruslah mencintai cara pemakanan tradisinya juga. Betul tak?
Begitulah situasi yang dilalui penyanyi, Akim Ahmad apabila dia perlu belajar cara menyediakan makanan tradisi orang Sabah iaitu ambuyat atau nantung.
Menerusi video Youtube Channel isterinya, Stacy Anam, pasangan ini sedang menyediakan makanan tradisi tersebut sambil berkongsi bahan-bahan yang diperlukan.
Video berdurasi 10 minit itu melihatkan Stacy sedang mengajar Akim cara penyediaan ambuyat.
Sekali gus, menjadikan anak kelahiran Johor itu berselera menikmati keunikan makanan tradisi Sabah.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat 15,000 tontonan selepas dimuat naik penyanyi lagu Kasanova ini beberapa jam lalu.
Malah, rata-rata peminat terhibur dengan kedua-dua pasangan ini.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Eshaal.
Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, 7 tahun.
Video : Youtube Channel Stacy Anam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Line Up Artis Padu & Kejutan 50 Pemandu Bawa Lori Berhias! 50,000 Hadir Saksi Kemeriahan Jelajah Suria Di Kelantan

Seramai 50 pemandu lori hadir bagi membuat kejutan dan sebagai sokongan kepada stesen radio Suria FM sempena Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire yang berlangsung di perkarangan AEON Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.
Apa yang menarik, mereka hadir dengan membawa lori berhias masing-masing, sekali gus mencuri tumpuan pengunjung.
Wakil pemandu, Nik Ahmad berkata, mereka hadir sebagai pendengar setia Suria FM terutamanya segmen Suria Cinta yang dikendalikan DJ Lin.
“Kami semua memang pendengar Suria FM dan Suria Cinta khususnya. Jadi bila kami dapat tahu ada siri jelajah ini di kawasan ini, kami hubungi pihak Yaya Empire untuk hadir untuk memberikan sokongan.
“Syukur dapat jumpa sendiri dengan DJ Lin dan Puan Yaya di depan mana. Mereka sangat merendah diri dan sambut kedatangan kita dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau mesra disapa DJ Lin akui terharu apabila dimaklumkan kumpulan pemandu lori itu hadir bagi memeriahkan jelajah kali ini.
“Tak sangka mereka sanggup hadir dengan membawa lori yang dihias cantik dengan lampu-lampu yang seterusnya memeriahkan jelajah di Kota Bharu kali ini yang kali pertama diadakan.
“Kami berbesar hati dengan sokongan malah mereka mengakui memang memutarkan Suria FM setiap kali memandu lori ke destinasi yang dituju,” katanya yang mengakui kumpulan pemandu lori antara pendengar setia Suria FM sejak dulu lagi.
Mengulas mengenai Suria Kuasa 2 Yaya Empire di negeri Cik Siti Wan Kembang, DJ Lin menyifatkan kerjasama ini sebagai istimewa kerana dijalankan secara serentak bersempena Hari Sukan Negara peringkat negeri Kelantan.
DJ Lin menambah, menurut data daripada pihak AEON Kota Bharu, kehadiran pengunjung mencecah hampir 50,000 orang bagi kedua-dua hari jelajah di adakan iaitu pada Jumaat dan Sabtu lalu.
“Kami bersyukur dengan jumlah kehadiran dan sokongan pengunjung yang sangat meriah lebih-lebih lagi sempena Hari Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSK).
“Setiap acara yang dianjurkan mendapat sambutan termasuk persembahan konsert pada hari kedua yang dimeriahkan persembahan artis dan dikir barat,” katanya.
Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa turut menjadi ‘buruan’ pengedar produk kecantikan sejak Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire berlangsung.
Dia yang mesra disapa Kak Ya berkongsi, setiap hari menerima permintaan pengedar dari seluruh negara untuk tambahan stok kerana jualan memberangsangkan.
“Terima kasih DJ Lin dan Suria FM kerana membantu jualan dan jenama kami sejak sertai jelajah ini dan setiap hari pengedar produk saya meminta stok tambahan.
“Alhamdulillah juga jualan keseluruhan mencecah lebih enam angka dan kami berjaya mendapat lebih 100 usahawan baharu produk Yaya Empire sepanjang jelajah diadakan,” katanya.
Antara artis yang memeriahkan Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Kota Bharu ialah Poey Sting, Baggio Damasutra, Afieq Shazwan, Floor 88 dan Sri Budi Jati.
Pelbagai aktiviti diatur termasuk pertandingan sepak bola antara penyampai Suria FM, JBSK, Yaya Empire dan AEON, persembahan silat dan pertandingan nyanyian lagu Dialek Kelantan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Suruh Check-Up, Altimet Mulai Sedar Hidap Dyslexia Pada Usia 28 Tahun

Penyanyi rap terkenal, Altimet mendedahkan bahawa dia mula menyedari menghidap Dyslexia pada usia 28 tahun.
Ketika itu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad diberitahu isterinya mengenai simptom-simptom berkenaan.
“Saya berumahtangga dengan seorang bekas guru. Jadi, dia ada pengetahuan dan dia sudah dilatih dengan perkara macam ini untuk melihat perkara sama kepada pelajar-pelajarnya.
“Ketika itu,dia (isteri) tengok saya, dia kata “saya rasa awak ada dyslexia lah, awak pergi periksa” kerana dia perasan yang saya baca dan mengeja kadang-kadang tak betul.
“Jadi saya pergi periksa dan memang betul saya mengidap masalah itu,” katanya yang mendapat tahu menghidap dyslexia pada umur 28 tahun.
Kongsi penyanyi lagu Bunga itu, sewaktu di zaman persekolahan ada beberapa subjek yang sukar untuk dikuasai, tetapi ada juga yang mahir.
“Sewaktu di sekolah menengah, subjek yang saya skor adalah subjek yang lebih cenderung kepada pemahaman, bukan kepada yang banyak membaca.
“Misalnya saya kurang dalam subjek Geografi dan Sejarah, tetapi subjek Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan saya kuasai sebab ia adalah subjek pemahaman.
“Bagilah apa soalan sekalipun, saya boleh jawab dan bagi saya ia senang,”selorohnya yang kini sedang mengusahakan perniagaan makanan segera, pizza dan aplikasi Recite iaitu bacaan tajwid.
Bagaimanapun, Altimet, 41, tidak menganggap dyslexia sebagai beban atau masalah kerana ia mempunyai kelebihan dan kekurangan dari pelbagai aspek.
“Dysleksia ini satu kondisi di mana sukar untuk membaca atau kurang keupayaan dalm pembelajaran.
“Ada orang belajar lebih ketika dia membaca, ada orang secara mendengar, ada orang belajar dengan cara membuat. Bila baca tak ingat, tapi bila tulis atau dengar orang cakap dia akan ingat.
“Lain orang, lain cara pembelajarannya. Ini cara Allah sudah mencipta umatNya dari segi bentuk muka berbeza, cara berfikir, fizikal,” ujarnya.
Ikuti video penuh di Youtube Zayan.My
Video : Youtube Zayan.My
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Klip Video Teaser Hari Raya: SKMM Sudah Rakam Percakapan Aliff Syukri

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor pada Rabu.
Di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MCMC, rakaman percakapan berkenaan adalah susulan aduan yang diterima pihaknya berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik itu, sebelum ini.
Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588].
Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pegawai penyiasat telah menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, perkongsian sedutan lagu raya berjudul Love Raya yang dikongsi oleh Aliff Syukri menerusi akaun Instagramnya mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Aliff bagaimanapun menjelaskan video promosi lagu raya baharu itu hanyalah untuk ‘menyakat’ netizen sempena ‘April fool’.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil juga turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video terbabit.
Ia susulan beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang dipercayai boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI