
Penyanyi Stacy Anam selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu seorang bayi lelaki pada jam 10.19 pagi Sabtu.
Berita gembira itu dikongsikan suaminya, penyanyi Akim Ahmad, 31, menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Segala pujian selayaknya untukMu ya Allah, jam 10.19 pagi 6 Ogos 2022 bersamaan 8 muharram 1444 hijrah.
“Isteriku tercinta @stacyanam telah selamat melahirkan anak lelaki kami, Alhamdulillah. Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” tulis Akim.
View this post on Instagram
Akim turut memuat naik sebahagian wajah putera sulungnya itu menerusi hantaran yang sama.
Rata-rata peminat dan rakan artis membanjiri ruangan komen dengan memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut di atas kelahiran cahaya mata baharu.
Akim dan Stacy, 32, mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 di Kota Kinabalu, Sabah.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Eshaal yang kini berusia lima tahun selain seoranng anak angkat, Bella Deluna Valentina, 9 tahun.
Foto: Instagram Akim Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alyah Dedahkan Ada Terima DM Bentuk Makian, Tak Puas Hati Dengan Tok Ram Isu GV; “Saya Terfikir, Apa Masalah?.”

Penyanyi Datin Alyah berlapang dada dan tidak mengambil hati susulan kritikan yang dilemparkan netizen terhadap suaminya, Datuk Ramli MS andai ada yang tidak berpuas hati mengenai hal berkaitan Gegar Vaganza (GV).
Meski ada sesetengah komen yang disifatkan melampau, namun menurut Alyah, 41, dia sebolehnya tidak mahu mengambil pusing.
Sebaliknya, dia memilih untuk menyokong seterusnya setia menjadi tempat mendengar suami.
“Perkara itu dah lama pun saya hadapi, jadi sudah ‘imune’. Cuma kita ni manusia, ada hati. Ada kalanya kelab peminat artis, malah fans sendiri pun ‘bantai’ kita.
“Terima mesej peribadi di media sosial macam…‘Cakap dengan suami kau begitu begini.’ Saya pun rasa terfikir, apa masalah? Saya tidaklah selalu mengikuti (GV) sebab lazimnya hujung minggu ada buat persembahan.
“Tapi bila ia selalu sahaja berlaku, rasa sudah terbiasa. Bahkan TokRam ada ketika bila pulang dari GV, saya ada mengadu mengenai mesej yang dihantar netizen. Dia minta supaya jangan dilayan.
“Kata Tokram, mereka tidak tahu pun kisah di sebalik apa yang terjadi secara keseluruhan. Malah saya pun tak tahu. Jadi rasanya saya tak perlu masuk campur,” kata Alyah kepada MH.
Alyah berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran muzik video Cinta Sahabiyah arahan Ghaz Abu Bakar di Genting Highland, pada Isnin.
Dia pada masa sama menambah, apa yang mampu dilakukan ialah melihat apa sahaja komen mengenai GV sekiranya ada terbaca.
“Tapi memang ada betulnya. Untuk menjawab soalan netizen atau nak mencampuri hal orang lain, bukan urusan saya pun. Cuma kalau ada netizen beritahu, saya baca dan dengar sahajalah.
“Memang ada yang marah dan maki-maki. Tapi tidak mengapalah. Kadang kalau kita nak berdebat dengan orang ni, tak kan habis. Begitulah setiap kali tiba ‘musim’ GV,” katanya lagi.
Ramli yang juga maestro muzik berada di posisi ketua juri menerusi program GV sejak musim pertama hingga yang terbaharu, edisi kesembilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buat Lain Sikit,” – Akikah Anak Puteri Sarah Liyana Hanya Dihadiri Kaum Wanita, Kelibat Syamsul Yusof Juga Tidak Kelihatan!

Pelakon dan hos, Puteri Sarah Liyana Megat ada memuat naik beberapa foto sekitar majlis akikah anak perempuannya, Sumayyah yang dilahirkan Mac lalu.
Mencecah usia lima bukan kini, permata hati kedua Puteri Sarah sama suami, Syamsul Yusof itu dilihat mengenakan pakaian sedondon dalam rona merah jambu dengan si ibu sepanjang majlis berlangsung pada Ahad.
View this post on InstagramA post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on
Bagaimanapun apa yang menariknya menerusi majlis akikah anjuran Puteri Sarah kali ini, ia hanya dikhaskan untuk tetamu wanita sahaja.
Lari dari kebiasaan, Sarah menerusi kapsyen turut menjelaskan mengenai tindakannya itu.
“Sumayyah’s akikah semalam ❤️ TQ to those yang datang meriahkan ! TQ so much to my MIL & FIL @dpatimah012 @dyhaslam organizekan majlis akikah Sumayyah.
“Kalini akikah kita buat lain sikit hihihihi. Akikah untuk wanita sahaja,” tulisnya.
Malah, di bahagian komen pula ada peminat yang bertanya mengenai di manakah kelibat si suami dan ini reaksi yang diberikan Sarah;
View this post on InstagramCakkkkk !!! Sumayyah dah 5 bulan 🌹 Jantung hati mama & ayah. . . 📸 @blackpepperproduction
A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji majlis akikah yang dianjurkan dan rata-ratanya juga terpegun dengan kecomelan si kecil.
Sedikit informasi, Puteri Sarah dan Shamsul Yusof diijabkabulkam pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah yang dilahirkan pada 16 Mac lalu.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ungku Ismail Kongsi ‘Update’ Terkini Nad Zainal; “Pendarahan Berterusan, Secara ‘On & Off.’

Pelakon Ungku Ismail Aziz memaklumkan doktor masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan pendarahan yang berterusan dalam paru-paru Nad.
Menurut Ungku Ismail, setakat ini empat doktor masih lagi memantau keadaan pelakon berkenaan.
“Buat masa ini doktor menjelaskan mereka masih belum dapat mengenal pasti punca yang menyebabkan pendarahan yang berterusan dalam paru-paru Nad.
“Tidak pasti sama ada ia berpunca dari kencing tikus atau jangkitan bakteria lain memandangkan dia tidak mempunyai simptom atau gejala yang dikaitkan,” katanya ketika ditemui di KPJ Ampang Puteri, sebentar tadi.
Ditanya mengenai keadaan semasa Nad, Ungku Ismail berkata, pendarahan masih lagi berlaku.
“Saya difahamkan, pendarahan berterusan, secara ‘on and off’. Jadi pihak doktor sedang berhempas pulas mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru,” katanya yang mengharapkan semua pihak mendoakan yang baik-baik buat Nad.
Sementara itu pengarah Shahrulezad Mohameddin yang ditemui turut meminta semua pihak mendoakan yang terbaik yang kini sedang bertarung dengan ujian yang dihadapi.
“Kita sama-sama doakan agar Nad kembali sembuh dan semoga Allah kembalikan dia kepada kita semula. Sebagai rakan, saya terharu apabila ramai di kalangan penggiat seni turut sama hadir termasuk ahli keluarga Nad.
“Keluarga Nad juga sudah dipanggil untuk melawatnya, manakala rakan-rakan penggiat seni setia memantau perkembangannya,” katanya lagi.
Turut berada di hospital ialah bekas suaminya, Faliq Amiruddin bersama anak mereka.
Barisan penggiat seni tanah air yang hadir termasuk Sharifah Amani, Sherry Alhadad, Aliff Aziz serta isterinya Bella Astillah, Didie Alias dan ramai lagi.
Terdahulu Nad Zainal dilaporkan dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan, di sini sejak dua hari lalu susulan masalah paru-paru berdarah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI