Stail Rambut Baru Nana Mahazan Pada Usia 37 Tahun, Nampak Muda Remaja

Share

Umum mengetahui, pengacara, Nana Mahazan sinonim dengan penampilannya yang ‘sempoi’ dan bersahaja tetapi ‘stylish’.

Terbaru, Nana ada memuat naik beberapa posting menerusi akaun Instagram miliknya sekaligus menjadi perhatian warga maya.

Menerusi posting tersebut, peserta Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini dilihat sekali lagi menukar gaya rambutnya yang baharu.

“New do new me,” tulisnya.

Pada masa sama, Nana turut berkongsi proses pembuatan rambutnya itu bersama peminat di Instagram

“37! #nana37wey #nanamanusiagigih ,” kongsinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memuji stail terkini pengacara berusia 37 tahun itu yang dilihat amat cantik dan versatil itu.

Terdahulu, ibu kepada dua orang anak itu baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-37 tahun pada tanggal 1 Julai yang lalu.

Sumber: Instagram Nana Mahazan

Published by
MH