Uncategorized

Status Dengan Sufian Suhaimi, Ayra Messi Akui Ada Yang Bandingkan Dengan Elfira Loy

Share

Tular di media sosial mengenai hubungan penyanyi Sufian Suhaimi dengan model Muslimah, Ayra Messi baru-baru ini.

Memetik laporan dari Gempak, Ayra atau nama sebenarnya Nur Shakira Shah Kirit selesa berkawan dengan penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu itu.

“Bagi saya, Sufian seorang lelaki yang profesional dan sangat baik. Saya suka cara dia melayan orang sekeliling terutama ketika bekerja,” katanya kepada Gempak.

Tambah anak kelahiran Ipoh, Perak itu, hubungannya dan Sufian hanyalah sebagai teman rapat kerana Ayra pernah muncul dalam muzik video (MV) Di Matamu.

“Kami cuma berkawan rapat. Itu pun sebab saya berlakon dalam muzik video Di Matamu enam bulan lepas,” tambahnya lagi.

Berusia 21 tahun, Ayra juga tidak menyangka bahawa gambar tersebut tersebar dengan luas di media sosial.

“Kami berjumpa di Johor baru-baru ini dan teruja sebab sudah lama tak bertemu. Jadi ambil gambar saja-saja.

 

Tak sangka pula gambar itu tersebar dan viral.

 

Timbul pula macam-macam gosip pasal saya dan Sufian,” katanya.

Walaubagaimanapun, ada yang beranggapan bahawa mereka bagaikan sebuah rancangan animasi Jepun, Doraemon.

“Ada yang cakap Alhamdulillah Nobita dah jumpa Shizuka. Sampai hati,” katanya.

Pun begitu, ada juga netizen yang membandingkan Ayra dengan bekas tunang Sufian, Elfira Loy.

“Saya pun rapat dengan adik Elfira, Ezlisa Loy dan situasi akan jadi lain kalau netizen laga-lagakan kami.

 

Tidak eloklah kalau nak banding-bandingkan saya dengan Elfira. Lagipun, kami tiada apa-apa hubungan.

 

Sampai ada yang tag nama Elfira di IG dan macam-maca lagi. Daripada tak ada isu, timbul pula isu baru,” luahnya kesal.

Published by
Amynur Akmal