“Macam mana sekali pun, pusing-pusing di situ juga. Industri kita ini kecil saja.”

Demikian kata penyanyi Stacy Anam, selepas ditanya mengenai status hubungannya dengan rakan artis, Bella Astillah susulan kontroversi serta penarikan dirinya daripada terbabit di dalam konsert A Night With A Sumandak Stars, 30 November depan.

Stacy berkata, dia senang untuk bersikap matang dan profesional selain dia mengenali rapat penyanyi Tapi Bukan Denganmu itu.

“Lebih-lebih lagi dia pun orang kampung saya juga. Bagi saya yang memperbesarkan isu ini ialah netizen. Sebenarnya kami okay sahaja.

“Sebab macam saya sendiri pun, tak ada masa untuk jelaskan siapa yang bersalah dan sebagainya. Tak kan nak sampai ke situ kan?

Ads

“Jadi biarlah, pada saya perkara ini akan berlalu. Yang penting kami semua okay sahaja,” katanya.

Stacy pada masa sama bersyukur apabila suaminya yang juga penyanyi, Akim Ahmad memberikan sokongan dan memahami apa yang ingin dimahukan isterinya selama bergelar penyanyi.

Malah, penyanyi lagu Pelangi Senja ini gembira apabila atas asbab penarikan diri, rakan-rakan lain turut mendapat rezeki.

Ads

Status Hubungan Dengan Bella, Kata Stacy -“Pusing-Pusing Di Situ Juga, Industri Kita Ni Kecil. Dia Pun Orang Kampung Saya…” Status Hubungan Dengan Bella, Kata Stacy -“Pusing-Pusing Di Situ Juga, Industri Kita Ni Kecil. Dia Pun Orang Kampung Saya…”

“Lagi tiga rakan penyanyi saya ada rezeki dan bakal buat persembahan di situ. Alhamdulillah rasa gembira. Ada hikmahnya.

“Walau mereka tak tahu mengapa saya mahu tarik diri dan sebagainya, namun bila jadi situasi itu saya turut tumpang syukur,” katanya lagi.

Ads

Terdahulu, Stacy mengejutkan ramai pihak apabila menarik diri daripada menjayakan konsert yang turut menampilkan Azharina, Ayu Damit, Marsha, Nikki Palikat, Adira, Salma Asis, Bella Astillah, Didie Astillah dan Wani Kayrie itu.

Sebelum ini Stacy memaklumkan punca dia menarik diri disebabkan syarat diletakkan tidak dipenuhi pihak penganjur iaitu Orange International Entertainment.

Dalam perkembangan lain, Stacy dan Akim Ahmad bakal bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) tahun depan apabila dua karya ciptaan mereka iaitu Sengaja (Amir Masdi) dan Saksama (Akim And The Majistret) lolos ke anugerah muzik berprestij itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI