Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah mengakui setiap manusia mempunyai tahap kesabaran masing-masing hingga ada kalanya melakukan sesuatu yang di luar jangkaan kerana emosi.
Malah katanya, dia menggunakan platform media sosial bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa.
“Bagi saya, kita ni guna media sosial bukanlah untuk mengaibkan. Ibu saya pun ada didik, tapi biasalah kita manusia semua sama, semua ada tahap kesabaran.
“Jadi mungkin saya pada waktu itu tidak boleh kawal emosi. Tetapi pada masa sama, saya juga ada berjumpa keluarga.
Ads
“Semua orang buat silap. Pasangan saya memang pun ada buat salah. Tetapi saya nak sampaikan, perempuan di luar sana agar lebih berhati-hati,” kongsinya.
Pada masa sama, penyanyi ini turut memberitahu isu melibatkan status bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.
“Benda-benda berkaitan dengan suami orang, isteri orang tak boleh dibuat main.
Ads
“Jangan cuba bermain api,” katanya seperti yang dipetik menerusi temu bual bersama Majalah Nona, baru -baru ini.
Untuk temu bual lanjut, jangan lupa untuk mendapatkan Majalah Nona edisi terkini.
Awal bulan ini, kecoh mengenai kisah suaminya yang didakwa telah berkunjung ke sebuah pusat hiburan bersama seorang pelakon wanita, hingga konflik yang melanda mencetuskan sensasi.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sering kali menerima kecaman dan tomahan netizen, pelawak dan penyampai radio, Shuib menzahirkan rasa syukur dengan penerimaan masyarakat yang kini sudah boleh menerima baik pempengaruh, Watie Hanifiah sebagai isterinya.
Jelas Shuib, dia selalu berpesan kepada isterinya itu untuk sentiasa bersabar dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.
“Saya sangat bertuah kerana Watie iseorang yang mendengar kata. Sebelum ini, saya ada pesan, kalau netizen ada bercakap apa-apa, buat tak tahu atau abaikan dan dia pun ikut sahaja.
“Apa yang dia ingin kongsikan di media sosial, dia akan bertanya dahulu. Alhamdulilah, sekarang ini pula, orang ramai sudah semakin sukakan Watie.
“Saya bagitahu dia, bila kita berada di pihak yang benar, percaya dan pertahankan apa yang kita lakukan, Allah akan bantu.
“Lama-kelamaan, orang akan sukakan kita dan perkara itu memang terbukti,” katanya kepada MH.
Kongsi penyampai radio Suria FM ini lagi, kejujuran dan keikhlasan yang ditunjukkan Watie selama ini nyata telah mengetepikan persepsi buruk masyarakat terhadap dirinya.
“Ketika kemunculan kami di program Meletop, Watie sangat takut dengan respon netizen. Selepas akhir rancangan, dia tak nak tengok telefon. Dia sangka orang akan mengutuk cara dia bercakap di hadapan kamera.
“Namun, hal sebaliknya pula yang berlaku. Rupa-rupanya netizen sukakan Watie disebabkan kejujuran dan keikhlasan dia. Alhamdulillah, kami sentiasa percaya dengan percaturan Allah SWT.
“Walaupun, pada mulanya kami merasakan situasi ini amat memeritkan, tapi selagi mana kita ikhlas, buat perkara yang betul dan baik, Allah mesti bantu,” ujarnya lagi.
Sementara itu, ditanya mengenai soal perancangan zuriat, Shuib memaklumkan dia dan isteri kini mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk membesarkan empat orang cahaya mata ini terlebih dahulu.
“Watie bagitahu saya yang dia belum bersedia kerana dia merasakan Ayash masih kecil lagi. Kami pun masih ada tiga orang anak yang semakin membesar. Jadi, untuk menjaga empat orang anak, bukan mudah.
“Uwais, Talita dah Matin tengah melalui satu momen di mana sebagai ibu bapa, kami kena sentiasa dekat dengan mereka. Saya kena berkawan dengan mereka.
“Namun ada kalanya saya sibuk. Jadi, Watie yang akan galas tugas tersebut.
Sekarang ini, anak-anak pula banyak bercakap dari hati ke hati bersama Watie. Ajaib sungguh aturan Allah ini,” akhirinya.
Sekadar informasi, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Pada tanggal 23 Jun lalu, Shuib telah selamat mendirikan rumah tangga bersama cinta hatinya, Watie dengan hanya sekali lafaz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Indah Ruhaila akui ada ketika bukan satu hal mudah baginya untuk membicarakan mengenai soal zuriat lebih-lebih selepas usia perkahwinannya kini telah mencecah hampir lima tahun.
Bagaimanapun, Indah tetap percaya dengan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Saya memang kerap kali ditanyakan mengenai soal zuriat ini. Saya memang mahukan zuriat. Setiap pasangan suami isteri mengharapkan untuk punyai zuriat.
“Cuma sekarang ini masih belum ada rezeki untuk saya dan suami walaupun sudah lima tahun berkahwin.
“Bagi orang lain, perkara-perkara seperti mungkin mudah sahaja untuk dijawab tapi bila kita duduk sorang-sorang, barulah terfikir agak susah juga untuk kita berikan jawapan.
“Kadang-kadang saya terfikir, bila kita takda anak ni, nanti dah tua siapa nak jaga kita? Bagaimanapun, saya tidak mahu fikirkan perkara yang tidak baik tentang perancangan Allah SWT sebab dia tahu bilakah waktu yang tepat,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim ke-10 ini juga tidak mahu metelakkan sebarang tekanan terhadap dirinya berkaitan soal zuriat ini.
“Saya rasa ramai juga pasangan di luar sana walaupun sudah bertahun-tahun tiada anak dan jalani prosedur IVF, rezeki mereka tetap tiada lagi. Itu semua kuasa Tuhan.
“Jadi, saya tidak mahu memberikan tekanan terhadap diri saya sendiri. Kalau ada orang tanya pun, saya akan jawab saya tidak tertekan. Suami saya pun begitu juga. Dia pun percaya bila dah sampai waktunya, rezeki mesti ada,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia sudah memutuskan untuk menjalani prosedur In vitro fertilization (IVF) dalam masa terdekat, Indah memberitahu, dia masih lagi mahu mencuba untuk hamil secara normal.
“Saya rasa fasa saya ini masih baru lagi kalau nak buat rawatan kehamilan ini. Lima tahun ini masih baru lagi sebenarnya. Saya masih lagi nak mencuba secara natural.
“Umur saya pun bukannya tua sangat. Saya masih ada lagi kudrat,” akhirinya.
Sekadar informasi, Indah mendirikan rumah tangga bersama suami, Ahmad Shariff Ahmad Taufiq pada tanggal 24 Disember 2017.
Terdahulu, Indah baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul All My Heart.
Menurut Indah, lagu ini ternyata menampilkan sisi lain kekuatan vokalnya yang sebelum ini sinonim dengan lagu-lagu bernada tinggi.
Karya ini merupakan lagu hasil ciptaan komposer terkenal Ajai dan lirik ditulis oleh STR4WBERICHA.
All My Heart kini sudah boleh didengari di seluruh platform media sosial manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Indigital Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Indah Ruhaila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi akaun Instagram milik pelakon Ieda Moin, bintang kini kelihatan sudah mengenakan hijab di setiap perkongsiannya di laman media sosial berkenaan.
Malah difahamkan pelakon berusia 41 tahun ini kelihatan sudah mengenakan hijab sejak Mei lalu.