Penampilan aktor, Aiman Hakim Ridza yang menghiasi muka hadapan sebuah majalah fesyen khusus lelaki pada Khamis menjadi sorotan ramai, lebih lebih lagi ketika ini namanya menjadi perhatian di media sosial.
Sehingga kini, dia dan isterinya yang juga pelakon, Zahirah Macwilson belum tampil memberikan apa apa kenyataan berhubung isu sensasi yang terkait dengan mereka.
Tampil segak dengan gaya bak model, Aiman menuai pujian dalam kalangan warganet menerusi keluaran Januari edisi digital majalah berkenaan.
Disifatkan kekal relak atas provokasi yang berlaku, rata-rata warganet turut memberikan reaksi pelbagai.
“‘Suami kepada pelakon jelita’ ya Allah memang betul sangatlah statement ni.”
“Stay hensem and wise. Love both. Congrats.”
“Bila lelaki dia tangan wanita atau isteri yang betul-betul sesuai. Alhamdulillah semoga Allah jaga pasangan suami isteri ini.”
“Stay elegant & classy Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza.”
Paling mencuri tumpuan, Zahirah turut sama meninggalkan komen pada hantaran berkenaan iaitu bentuk emoji yang melambangkan perasaan suka terhadap apa yang dimuat naik.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 30,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini