Pelakon Fasha Sandha sudah kembali ke set penggambaran telefilem Anak Tuan selepas ‘direhatkan’ sebentar gara-gara insiden kecederaan mata yang dialaminya sebelum ini.
Menerusi perkongsian posting di laman Instagram pelakon gandingannya, Azhan Rani memuat naik gambar terbaharunya bersama Fasha, duduk di atas tangga rumah kampung yang menjadi lokasi penggambaran drama tersebut.
“Dah lama tak berlakon beria-ria,” tulis Azhan berseloroh di ruangan kapsyen.
Melalui foto yang dikongsikan itu, dapat dilihat bengkak dan kecederaan di mata Fasha sudah semakin baik dan pulih.
Menjengah di ruangan komen, rakan-rakan selebriti memuji komitmen Fasha yang sememangnya dikenali cukup berdisplin dalam bidang kerjanya.
“Amazing spirit Fasha Sandha. All the best both of you,” komen Catriona Ross.
“So professional you guys, Fasha dan Azhan patut dicontohi,” coret Dynas Mokhtar.
Netizen juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata pujian buat Fasha yang disifatkan seorang anak seni yang mempunyai semangat kental dan berwibawa.
“Jiwa anak seni yang kental.
“Anda berdua memang sentiasa beria-ria, suka-suka tapi take care ya both.
“Semoga dimudahkan kerja kalian. Bekerja sungguh-sungguh, semoga dalam rahmatNya. Amin,” komen sebahagian netizen.
Pada 1 Mac lalu, Fasha dikejarkan ke pusat perubatan di Johor Bahru, Johor akibat mengalami kecederaan pada mata kirinya ketika menjalani penggambaran drama Anak Tuan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bergenang Air Mata Bila…,” – Rasa Dihargai, Shiha Zikir Imbau Kenangan Jadi Top 20 Akademi Fantasia
Penyanyi, Shiha Zikir meluahkan rasa terharu selepas melihat satu rakaman video yang disunting oleh salah seorang peminat menerusi aplikasi Tik Tok.
Rakaman video tersebut telah memaparkan perjalanan Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir dalam karier seni nyanyian yang telah bermula pada tahun 2005.
Penyanyi berusia 33 tahun ini telah memulakan karier seni nyanyian selepas terpilih untuk menyertai program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) namun hanya berjaya di peringkat TOP20.
“Bergenang airmata bila ada jugak orang notice kehadiran Shiha dalam industri..Dari vibrato sekilo,sampaila sekarang..Hihi..Terima kasih @raja.fazzle .. Shiha ternampk video ni di tiktok.
“Rupanya banyak lagi video Shiha yang lain yang beliau share.Terharu sungguh.Shiha masih ada dalam industri ni bukan kerana populariti tapi inilah passion Shiha & tempat Shiha untuk cari rezeki 🥲 ailebiu..
“Pssst: kat AF kena paksa pakai pink dgn akak @iedazikir_official sebab akak nak perempuankan Shiha yg boyish dulu . Dulu nk pakai heel or mekap sikit pun tak nak..haha skrg mmg asyik nk mekap je..,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Imbas kembali, anak kelahiran Pulau Pinang ini semakin dikenali ramai selepas membintangi rancangan Mentor musim kelima dan merupakan protégé kepada penyanyi Allahyarhamah, Sharifah Aini pada tahun 2011.
Foto: Instagram Shiha Zikir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Salah Dan Dah Mengaku Pun, Tapi Jangan…,” – Isteri Mark Adam Selar Netizen, Sherry Al Hadad Akui Manusia Tak Lari Dari Kesilapan
Isteri kepada penyanyi dan guru vokal, Mark Adam, Norazah Redzuan atau lebih mesra disapa Ezan ada memberikan reaksi dengan sikap segelintir individu yang suka menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan orang lain.
Menurut Ezan, suaminya ada menerima komen makian daripada netizen di Instagram (IG) meski sudah mengaku salah serta memohon maaf.
“Kita semua ni jadi manusia jangan asyik suka sangat nak menghukum orang. Bila dia salah, yes! Dia salah dan dia dah mengaku pun.
“Tap jangan menghukum dia macam kita ni ahli syurga yang tak pernah buat dosa. Maki hamun dia semua. Cakap orang Malaysia ni penuh dengan budi bahasa? Apa bahasa yang korang guna untuk komen dekat dia?”
Ya betul dia salah, ada silap dia. Yang kita semua ni tahu ke silap kita? Lebih baik kita semua ni fokus pada diri sendiri sebelum jatuhkan hukum pada orang lain.
“Tidak salah nak tegur salah seseorang itu, tapi jangan sampai kita berlagak yang kita ni tak pernah buat salah.
“Membuat kesalahan itu sesuatu yang biasa, tapi mengakui kesalahan dan memohon kemaafakan itu sesuatu yang luar biasa, tidak semua orang berani melakukannya,” tulis Ezan panjang lebar.
Sementara itu, bintang berkenaan sendiri secara profesional sudah pun melakukan permohonan maaf secara terbuka atas apa yang berlaku dan dia sendiri sudah pun menghubungi Sherry bagi menyatakan rasa sama secara peribadi.
Malah Sherry sendiri menerusi ruangan komen di IGTV berkenaan supaya memaafkan Mark kerana kita semuanya hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.
Sementara itu rakan hos kepada Sherry, Alif Satar turut meninggalkan komen positif terhadap perkongsian Mark.
Setakat ini, video lebih seminit dari Mark sudah pun ditonton hampir 200,000 kali dengan lebih 40,000 tanda suka bersama ribuan komen dari rakan selebriti dan pengguna media sosial.
Terdahulu, Mark menerima kecaman daripada netizen selepas bertindak mempersendakan fizikal Sherry ketika konsert Big Stage 2 pada malam Ahad.
Pada konsert minggu pertama, Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Big Stage 2019 bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Foto: Instagram Norazah Redzuan / Mark Adam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kawan-Kawan Mengusik Dan Saran Agar Saya Menegurnya…,” – Suami Raja Ilya, Trent Garrett Buka Rahsia
Khamis malam, telah berlangsung majlis resepsi pelakon jelita, Raja Ilya dan suami, Trent Garrett di Star Avenue Lifestyle Mall, Subang.
Jadi momen bermakna buat mempelai, persandingan pasangan ini bak hikayat dongeng.
Tampil anggun, Ilya mengenakan persalinan gaun kembang berpenrincian rona ungu bak puteri sementara suami, kacak menerusi sut hitam.
Jelas Trent, perkenalannya dengan pelakon berusia 34 tahun ini bermula apabila dia secara tidak sengaja terjatuh passport perjalanan sewaktu di lapangan terbang dan wanita tersebut pantas menghulurkan passport yang tercicir.
Terpaku dengan kejelitaan Ilya sehingga dia hanya mampu melihat wanita itu berlalu begitu sahaja.
“Pada waktu itu, saya terjatuh pasport dan wanita ini memanggil saya dan menghulurkannya. Pandangan mata saya begitu terpesona dan terpaku dengan wanita di hadapan sehingga tidak mampu berkata-kata.
“Waktu itu kawan-kawan saya mengusik dan menyarankan agar saya menegurnya dan memberikan kad nama. Saya hanya menulis nama dan Facebook dan memintanya menghubungi saya.
“Saya letakkan di atas kerusi dan seterusnya saya serahkan kepada takdir. Dua hari kemudian, dia hubungi saya dan katakan saya tertinggal pas pelepasan.
“Itulah detik pertemuan kami. Memang sangat menakjubkan,” kongsinya yang turut menitiskan air mata sewaktu memberikan ucapan istimewa buat isteri tercinta.
Sebelum kembali aktif berlakon, Ilya terlebih dahulu pernah bekerja di awan biru bersama sebuah syarikat penerbangan.
Ilya dan Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.
Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.
Foto : Instagram Raja Ilya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI