Steady Naik Lori & Blazer Gergasi Lebar 4 Kaki, Figura Aina Abdul Buat Ramai ‘Ternganga’

Share

Penampilan penyanyi Aina Abdul yang membuat kemunculan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH), malam ini mencuri perhatian warganet.

Aina bersama ‘glam team’ membuat kelainan dengan hadir menaiki lori lutsinar lalu turun di hadapan pintu utama Istana Budaya.

Lebih unik, Aina turut mengenakan baju blazer saiz gegasi berwarna merah rakaan Behati.

Menurut Aina, dia berasa selesa dengan konsep konsep blazer bersaiz besar bersaiz empat kaki lebar.

“Saya memang selesa dengan konsep blazer bersaiz besar seperti mana yang kerap saya pakai sebelum ini.

“Jadi, kali ini saya mengambil inspirasi daripada konsep itu dan meminta pereka untuk menghasilkan blazer bersaiz empat kaki lebar.

“Bagi saya, ‘go big or go home’. Saya hanya mahu seronok sahaja untuk malam ini dan mengharapkan yang terbaik buat semua yang bertanding,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Aina juga turut berkongsi maksud di sebalik busana yang dipakainya.

“Konsep bunga mawar bagi persalinan kedua pula adalah sebagai rentetan daripada konsep sebelum ini di mana saya memakai busana dengan inspirasi daripada mawar hitam. Kali ini saya memakai busana mawar merah.

“Saya mengambil masa tiga jam untuk disiapkan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasilnya,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH