Pelakon dan usahawan, Nabil Mahir mendedahkan dirinya bagai tidak percaya apabila dia dan Ayda Jebat sudah seminggu bergelar suami isteri.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Nabil,33, turut tidak percaya apabila akad nikah berjaya dilakukan dengan sekali lafaz sahaja.
“Pejam celik dah seminggu bergelar sebagai suami isteri. Still cam tak percaya kita dah kahwin. Welcome to the family wuvv!
“Tak caya bole 1 lafaz je. Ye la kan saya ni kaki tersasul je, Alhamdulillah,” tulis Nabil menyatakan rasa teruja itu menerusi salah satu entri di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Entri berkenaan turut merakamkan foto bersama isteri di samping ahli keluarganya yang lain.
Serentak dengan itu, perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya senang dengan perkahwinan mereka berdua.
Terdahulu, pasangan selebriri ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu dan Nabil melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
Keduanya juga mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Foto: Instagram Nabil Mahir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Dedah Ada Yang Nak ‘Ambil’ Akaun FB Allahyarham Abam Bocey, Sudah Tak Boleh Nak Akses
Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah mendedahkan akaun Facebook milik suami telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut Hidayah, akaun Facebook milik Abam itu sudah tidak boleh diakses sebaik sahaja dia memuat naik sebuah posting mengenai anaknya, Hamzah.
“Ada yang cuba ambil @ hack Facebook Syed Umar Mokhtar, arwah suami saya.
“Baru lepas tadi saya update pasal anak saya Hamzah tapi sekarang tak boleh bukak,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Hidayah menerusi akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut turut disertakan dengan tanda pagar ‘jangan sibuk hal orang’ dan ‘biar orang buat kita jangan kita buat orang’.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Hidayah supaya bersabar dan jangan peduli mengenai individu tidak bertanggungjawab itu.
Terdahulu Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 9 Febuari 2020.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan juga seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini baru berusia 11 bulan.
Sumber: Instagram Nor Hidayah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berat Untuk Saya Hadapi…,” – Isteri Jalani Pembedahan Kanser Payu Dara, Nizam Laksamana Pohon Doa
Penyanyi senior, Nizam Laksamana memaklumkan isterinya kini telah pun dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan kanser buah dada awal pagi tadi.
Jelas Nizam, meskipun agak berat baginya untuk menghadapi dugaan ini, namun, dia tetap berharap agar semua pihak dapat mendoakan pembedahan isterinya itu dapat berjalan dengan lancar.
“Berat untuk saya hadapi ini, bantulah saya dengan doa kawan-kawan semua. Assalamualaikum semua. Mohon sedikit doa kawan-kawan.
“Isteri saya admitted hspital pagi ni untuk tujuan operation (Breast Cancer) moga isteri saya dalam keadaan sejahtera kuat serta tabah.
“Moga doa-doa kawan-kawan semua Allah swt terima dan makbol.
#CancerFighter,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Gugurnya Bunga Cinta itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Nizam yang sentiasa setia berada disamping isterinya itu turut dilihat ada menitipkan doa semoga isterinya itu terus diberikan kekuatan bagi menghadapi detik sukar ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga pembedahan tersebut berjalan dengan lancar.
“Terus kuat Abang. Doa saya mengiringi kakak. May Allah ease everything for you amd family.
“InsyaAllah Akak akan sembuh dan akan lebih sihat lagi selepas ini.
“Didoakan semoga segala urusan dipermudahkan dirahmati dah diberkati dan dimurahkan rezeki. Syafakallah.
“Semoga Allah mempermudahkan urudan isteri abang,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Nizam Laksmana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Besar Tapak Tangan Nyiru Saya Tadahkan,” – Belum Rezeki Buat Konsert Skala Besar, Khai Bahar Ubati Rasa Kecewa Ramai Dengan…
Penyanyi Khai Bahar akhirnya ubati kekecewaan peminat apabila bakal menjayakan Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar yang bakal berlangsung pada 12 Februari depan.
Sebelum ini, umum mengetahui konsert sulung penyanyi berkenaan yang dijadual berlangsung pada Mac tahun lalu dibatalkan selepas ia tertunda ekoran penularan wabak COVID-19 dan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Konsert anjuran syarikat Nova Music itu bakal diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama.
Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul, dia teruja dan terharu apabila pihak Nova Music sudi bekerjasama seterusnya memilih dirinya untuk menjayakan konsert tersebut.
“Apabila saya mendapat tawaran mengadakan konsert tahun lalu, bagi saya ia satu peluang keemasan. Namun, perancangan Allah SWT itu lebih baik.
“Saya menganggap belum ada rezeki untuk buat konsert apabila ia terpaksa dibatalkan atas faktor tertentu dan selepas berbincang dengan semua pihak biarpun ketika itu sudah banyak persiapan dilakukan. Apa pun saya memandang ia dari sudut positif.
“Saya juga percaya setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran daripada pihak Nova Music yang mahu menganjurkan konsert saya.
“Kata orang, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Pelawaan itu saya anggap rezeki buat saya. Selepas membuat perbincangan, pasukan saya bersetuju untuk membuat konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar ini,” katanya.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Bayang ini turut berharap semoga persembahan tersebut nanti mampu menebus kerinduan dan kekecewaan peminatnya.
“Diakui ramai sedih dan kecewa apabila konsert yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya dibatalkan. Saya pun tidak tahu nak memberi reaksi macam mana, sebab saya sendiri juga sedih. Macam dikatakan, saya anggap ia belum rezeki.
“Namun, kehadiran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar ini saya harap dapat mengubat kesedihan mereka. Saya bersama pasukan dan pihak penganjur akan cuba memberikan yang terbaik.
“Biarpun lokasi persembahan tidak dapat memuatkan jumlah yang ramai, sekurang-kurangnya impian dan hasrat saya serta peminat untuk menjayakan persembahan berskala besar tercapai.
“Tipulah jika dalam kerjaya seseorang penyanyi dia tidak mengimpikan sesuatu yang besar dalam karier seni. Begitu juga saya, di mana mengadakan konsert ini satu daripada cita-cita yang belum tercapai. Jadi, doakan semoga segala perancangan menuju konsert ini dipermudahkan Allah SWT,” ujarnya lagi.
Sementara itu, penerbit dan penganjur konsert, Rosmin Hashim berkata, pemilihan Khai adalah tepat kerana penyanyi itu mempunyai kekuatan peminat luar biasa selain banyak menjalin kerjasama dengan syarikat rakaman Nova Music dan Seventeen Eleven Music.
“Kenapa Khai? Ini kerana dia antara penyanyi muda yang banyak lagu hits dan berjaya selain mempunyai peminat yang ramai.
“Kalau kita sebut nama Khai Bahar, memang cukup dikenali. Dia mempunyai kelompok peminat dari semua golongan dan peringkat umur. Selain itu, dia antara penyanyi yang bersih dari sebarang kontroversi,” katanya.
Ditanya adakah penganjuran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar itu disebabkan pembatalan konsert Khai terdahulu, Rosmin berkata ia berlaku secara kebetulan.
“Itu bukan punca kami buat konsert ini. Tak terfikir pun perkara itu. Cuma, kami berasakan sudah sampai waktunya kami menganjurkan konsert berskala besar.
“Lagi pula aktiviti persembahan pentas dan konsert kini sudah pun dibenarkan berlangsung. Orang ramai pun dahagakan hiburan persembahan secara langsung. Jadi, tidak salah kami mengorak langkah ini.
“Kami berasakan dia penyanyi yang tepat untuk buat konsert ini. Perancangan buat konsert ini pun secara kebetulan dibuat pada Oktober lalu. Selepas kami berjumpa dan berbincang dengan pasukan Khai, alhamdulillah, mereka terima pelawaan kami,” katanya.
Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar bakal diadakan secara hybrid fizikal dan virtual live. Ini membolehkan bukan sahaja peminat Khai Bahar dari Lembah Kelang untuk menonton konsert ini malah peminat beliau dari seluruh Malaysia dan rantau Asia.
Selain Khai, konsert ini turut menampilkan Aina Abdul dan Adira Suhaimi sebagai penyanyi jemputan.
Tiket konsert secara fizikal yang dijual dengan harga RM189.90 dan maklumat lanjut mengenainya boleh layari https://onetix.com.my/ manakala tiket tontonan konsert secara virtual yang dijual dengan harga RM69.90, RM79.90 dan RM89.90 boleh di beli dengan melayari https://www.cloudtheatre.com/my/.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI