Pelakon dan penyanyi, Nazim Othman ada berkongsi mengenai fasa hitam yang pernah berlaku di dalam hidupnya, sekitar empat tahun lalu.
Dia berkongsi kisah mengenainya menerusi posting instagtam yang dikemas kini.
Menerusi foto yang disertakan dengan beberapa sudut wajahnya, Nazim mengakui sebagai individu, kita tidak akan mengetahui tahap keberanian di dalam diri sehinggalah kita melalui fasa sukar.
“Still remember this? Masa doktor bagitau that I had a brain tumor, my world bertukar menjadi gerhana dengan serta merta.
“Takut, sedih, kecewa, pilu dan macam2 lagi menyelubungi hidup buat seketika. I redha but I refused to give up.
“After 3 hours of surgery, 14 days of hospitalisation and 100% determination to survive, Alhamdulillah, Allah makbulkan doa I. I’m a survivor.
“You don’t know how brave you are until being brave is all you got. Jangan ambil mudah tentang insurans/perlindungan takaful, get yourself protected and financially prepared,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lalu netizen turut memberikan kata-kata semangat dan dorongan buat bintang ini agar terus kuat menjalani kehidupan.
Foto: Instagram Nazim Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI