Rapper dan usahawan, Altimet ada memberikan reaksinya berhubung pertanyaan seorang individu yang mempersoal status bersaranya daripada industri seni tanah air.
Ia susulan selepas tular di media sosial mengenai single Hujan hasil yang turut menampilkan penyanyi, Mimifly.
Menurut Altimet, segalanya telah dirancang lebih awal dan sepanjang 10 tahun merakam serta menulis lagu, masih banyak karya-karyanya yang masih belum diterbitkan.
Stock lagu banyak, bro. 10 tahun menulis & merakam, sampai bini kena paksa gi cuti. Ilham menulis ni rezeki, jadi Bila lebih kita simpan utk hari kemudian. Semua dah Aku rancang. Tanggapan org kita, Penghibur ni takde pelan. I’m cut from a diff cloth, der https://t.co/ToXMQYdNct
— Altimet (@altimet) October 12, 2020
“Stock lagu banyak, bro. 10 tahun menulis & merakam, sampai bini kena paksa pergi bercuti.
“Ilham menulis ni rezeki, jadi bila lebih kita simpan untuk hari kemudian. Semua dah Aku rancang.
“Tanggapan orang kita, penghibur ni takde plan. I’m cut from a diff cloth, der,” katanya.
Reaksi tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Bunga itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Terdahulu, single Hujan ciptaan sepenuhnya Altimet, Mimifly dan Khairafik Khairudin telah pun diangkat untuk menjadi lagu tema bagi filem Bisikan.
Malah, muzik videonya juga telah pun dimuat naik di laman Youtube dan kini single tersebut turut boleh distream di seluruh platfrom digital.
https://www.instagram.com/p/CGKhNNzjRIc/?igshid=1ckdx86emxcja
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI