Seperti yang kita tahu, Gegar Vaganzar sememangnya cukup menghiburkan. Lagi pula apabila mereka menampilkan dua pengacara yang kelakar dan spontan.
Namun walaupun ramai yang suka dengan usikan mereka, ada juga beberapa individu yang kurang selesa dengan cara nakal pengacara, Nabil Ahmad mengusik juri tetap yang bertugas terutamanya Datuk Ramli MS.
Antara yang kurang selesa adalah seperti Datuk Chef Wan. Melalui sebuah posting di Instagram, Chef wan meminta pengacara tersebut untuk belajar mengawal diri apabila salah seorang juri sedang memberi komen pada peserta.
Menurutnya, sikap spontan Nabil agak menjengkelkan dan mereka perlu berhenti dari mengulangi perkara tersebut.
Rata-rata netizen juga bersetuju dengan pendapat Chef Wan yang dikatakan agak terganggu dengan sikap terlebih pengacara ini.
Namun kami rasa Chef Wan sebenarnya tidaklah bermaksud membenci atau apa, mungkin sebagai seorang yang professional Chef Wan lebih suka sekiranya kedua pengacara tersebut memberi ruang dan sedikit masa buat juri-juri berkongsi pandangan pada peserta.
Maklumlah, inilah masanya peserta-peserta harus ambil perhatian untuk perbaiki diri. Jika setiap percakapan dipotong bagaimana mereka mahu belajar, betul tak?
Dalam masa yang sama MH juga memahami Nabil dan Jihan hanya menjalankan tugas untuk menghiburkan dan meghangatkan lagi suasana.
Tetapi mungkin selepas ini baik Nabil mahupun Jihan ambil perkara ini sebagai satu teguran yang positif dan pengajaran.
Apapun persembahan malam tadi semuanya hebat-hebat malah kedua pengacara juga tidak kering gusi dibuatnya.