Sering menerima mesej di Instagram (Direct Message) meminta tips perihal penjagaan badan ideal, pelakon Shima Anuar mendedahkan dia tidak melakukan sebarang senaman dan tidak mengamalkan diet khas.
Sebaliknya, untuk memiliki bentuk badan ideal selepas bersalin hanyalah dengan menjaga dan isi masa bersama anak-anak.
Sekali gus, bintang filem Highland Tower itu berjaya mendapatkan berat badan yang seimbang dengan ketinggiannya.
“Back to this. No diet, no exercise. Thank you Sophia and adik. Ubat kurus paling mujarab dan selamat. Hahah! Ok korang dah boleh stop DM i tanya pasal tips kurus.
“Jawapan dia, JAGA ANAK. I’m 54 kg now with 165 cm tall. Kalau ikut perangai budak 2 ketul tu sekarang ni, next month rasanya dah boleh dapat balik my 50 kg.
“Sophia kuat cranky now. Adik pulak clingy teruk. Nak kene peluk, dukung all the time!,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji pelakon itu yang berjaya menurunkan berat badan selepas melahirkan cahaya mata kedua pada Ogos tahun lalu.
Untuk rekod, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia,2 tahun dan Mikhael Imaan, 5 bulan.
Foto : Instagram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI