Selepas kejayaan produk Kekasih by The Melvins, pelakon Syatilla Melvin bakal melancarkan produk jamunya sendiri hasil sokongan suaminya, Shaheizy Sam yang dijangka akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Mengakui sudah mengamalkan pengambilan jamu sejak usia belasan tahun, bekas peserta Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa ini mengakui impak baik yang diterima kerana mendorongnya untuk sama-sama berkongsi dengan wanita di luar sana.
Bezanya, jamu yang dinamakan Pengasih itu dihasilkan bersama ramuan terbaik, hasil dari pengalamannya sendiri selain nasihat dari mereka yang bertauliah.
āBenar, saya sudah amal jamu sejak usia 15 tahun lalu sejak bekerja di salun milik makcik yang ada menjual item berkenaan. Saya cuba dan menyukainya sehinggalah sekarang.
āIni kerana, saya sendiri boleh rasa sendiri impaknya ketika bujang dan sekarang. Rasa lebih bertenaga, malah dapat merasakan perbezaan dari segi dalaman, apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak.
āPada masa sama, ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang ini kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri.
āJadi bagi saya, ia sangat membantu hubungan bersama suami sebab kita tak boleh nafikan, antara punca perceraian di negara ini berpunca daripada faktor dalaman di samping hal lain.
āSebab itulah saya nak lancarkan jamu ini kerana nak tolong wanita dan saya percaya kepada hubungan intim yang baik perlu berjalan di antara suami dan isteri demi keharmonian rumah tangga.
āMalah kalau pergi isi masa pada sesi ceramah dan motivasi pun, perkara tersebut sering disentuh. Hubungan seksual sangat penting dalam rumah tangga.
Ia kunci untuk kita kekal bahagia dan sebagainya,ā katanya jujur.
Sementara itu bagi Tila, penjagaan bahagian intim juga perlu dititikberatkan wanita.
Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada keyakinan dan semangat golongan itu.
āRamai je yang muka lawa tapi ābawahā bersawang atau berbau. Jadi saya kalau boleh nak didik golongan hawa untuk seimbangkan di antara kecantikan dan luaran.
āJangan hanya banyak melabur pada kecantikan luaran tapi dalaman terbiar,ā pintanya.
Ditanya sejauh mana tahap keyakinannya terhadap kesetiaan suami, ibu kepada dua cahaya mata ini mempunyai jawapannya sendiri.
Kata Tila, dia percaya pada ajal dan jodoh tetapi cuba berikan yang terbaik demi insan tersayang.
āSaya percaya juga pada takdir dan semua berlaku atas aturanNya. Cuma, selagi kita boleh elak, saya cubalah yang terbaik untuk kekalkan rumah tangga.
āKetika saya lakukan proses uji kaji untuk jamu yang akan dikeluarkan sejak berbulan-bulan dulu misalnya, setiap kali minum saya akan bertanya pada Sam.
āBila kami ābersamaā, saya akan tanyakan Sam. Impak yang saya perasan ialah dari segi energi dan kekeringan kepada golongan wanita, insyaAllah ia boleh membantu.
āKalaulah ada di antara pasangan suami isteri yang alami fasa suram di dalam rumah tangga kerana hubungan seksual, rasanya lebih baik untuk rawat soal bahagian intim mulai sekarang.
āMalah kadang-kadang kalau nak dibandingkan dengan bini muka punyalah cantik gila, tapi skandal suami muka macam tapak kaki. Kenapa pilih yang tak elok sedangkan isteri cantik?
āTapi mungkin mereka tidak tahu, mungkin ada sebab lain yang buatkan perkara tersebut belaku, contohnya kan?
āAkan tetapi, saya berdoa agar kita yang sudah berkahwin ini dijauhkan perkara tersebut.
āPeranan kita sebagai isteri pula, kena tahu dan peka soal kebersihan luaran dan dalaman. Komunikasi bersama suami bagi saya adalah yang terbaik,ā katanya lagi.
Sekadar mengimbas, Tila dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan mempunyai dua cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 3 dan Sarima Samheizy, 2.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI