Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menyelar kenyataan seorang individu yang mendakwa dia tidak mempunyai lesen sah untuk menjalankan perusahaannya.
Menurut Mila, dakwaan tersebut merupakan satu tuduhan yang tidak wajar memandangkan dia telah berhabis ribuan ringgit bagi menampung kos lesen.
Katanya lagi, meskipun premisnya itu masih belum dibenarkan untuk beroperasi, namun dia tetap membayar kos tersebut seperti biasa.
“Setahun berapa kali saya kena bayar kos lesen? Awak bekerja di MBSJ sepatutnya “TANYA KHABAR USAHAWAN” yang dah setahun lebih tak boleh berniaga. Bukan terus “SURUH BAYAR”. Kos lesen setahun hampir RM10K dan permis diarahkan tutup!
“Awak tulis secara public menggambarkan “SAYA TAK BAYAR KOS LESEN”. RM9,490 tu saya bayar untuk apa? Tamat tempoh March 2022. Now 2021 ke dah masuk 2022? Ke lesen sekarang kena bayar dua kali setahun?,” tulisnya.
Rasa bengang tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Persis Mutiara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Mila juga turut meluahkan rasa kecewa kerana merasakan dakwaan tersebut dilemparkan seperti tiada rasa simpati terutamanya buat para pengusaha premis perniagaan
“Pernah fikir dalam otak tak, struggle nak bayar dengan PREMIS TUTUP tak boleh berniaga? Awak mungkin tak rasa sebab tiap-tiap bulan bergaji. Apa hal awak pulak nak bersimpati dengan masalah kami kan?
“Yang penting TAK BAYAR / LEWAT BAYAR SAMAN sahaja. Peniaga nak bungkus ke, nak tutup ke nak mati ke bukan urusan awak. Macam ni ke seorang yang bekerja di MBSJ? Tulis secara PUBLIC posting dengan niat? Nak malukan orang?,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Mila turut memaklumkan dia akan membawa perkara tersebut kepada pihak atasan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
“Saya akan bawa isu ni ke MBSJ kerana ia adalah satu perkara yang tak patut ditulis oleh warga kerja MBSJ kepada peniaga yang bayar lesen perniagaan.
“Harap Maklum saya dah DM awak untuk dapatkan detail awak untuk saya LAUNCH Report ke MBSJ. Jika tak beri kerjasama pun tak apa, saya ke MBSJ sahaja untuk buat aduan. Terima Kasih,” tegasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pandangan yang sama selain turut berharap agar isu ini akan dipanjangkan kepada pihak atasan.
“Ambil je tindakan, biar dia rasa macam mana tak ada income bulanan.
“Wah sedapnya mulut berkata-kata. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak public boleh hilang kerja.
“Yes, report je orang macam ni. Jangan kasi muka.
“Ambil tindakan undang-undang supaya dia faham apa yang dia lakukan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, selain bergelar penyanyi, Mila juga aktif menjalankan beberapa jenis pernigaan antaranya perancang majlis perkahwinan, bisnes durian, pelitup muka dan banyak lagi.
Sumber: Instagram Mila Jirin