Tidak tahan diganggu dengan panggilan telefon misteri, penyampai radio, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Dj Lin mendedahkan nombor telefon individu berkenaan demi kebaikan bersama.

Kongsi Penyampai Radio Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 32), nombor yang disifatkan sebagau ‘scammer’ itu didakwa ada melakukan panggilan terhadap Dj Lin yang kononnya telah membuat pinjaman bank.

“Alang2 minah #scammer ni nak popular nak menipu konon kata kita ni ada buat pinjaman banklah dgn #cimb meh DJ Lin tolong viralkan!

“Stupid people with stupid brain! Yg lain pls alert ya kalau dapat dari nombor ni tolong jgn angkat pastu block terus k.

IKLAN

“Jangan tertipu ya #radiodj,radioannouncer
scammernaktipudjlin #stupidscamner #djlinpantangorangmenipu #scammer,” tulisnya sambil mendedahkan nombor telefon individu yang tidak bertanggungjawab itu.

“Stupid People With Stupid Brain,” – DJ Lin Bengang, Dedah Nombor Telefon Misteri

IKLAN

“Stupid People With Stupid Brain,” – DJ Lin Bengang, Dedah Nombor Telefon Misteri

Difahamkan, individu tersebut turut menghubungi penyampai radio itu kira-kira jam 2:56 petang tadi.

IKLAN

Lalu, netizen turut berasa kurang senang terhadap tindakan yang dilakukan individu tidak bertanggungjawab itu dan meninggalkan pelbagai komen.

Dj Lin sebelum ini pernah mendapat panggilan misteri dari nombor yang berbeza ketika meraikan ulang tahun kelahirannya pada 31 Disember lalu.

Foto : Instagram DJ Lin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI