Uncategorized

Style Jacket Cumi-cumi, Nabila Razali Set Goal Jadi Trendsetter

Share

Kalau kita tengok video klip Pematah Hati, mesti pelik kan kenapa lah Nabila Razali ni suka sangat pakai jaket macam itu.

Rasa nak betul kan biar pakai elok-elok pun ada juga kan?

Tapi…bagi Nabila sendiri ada sebab kenapa dia berpakaian seperti itu.

Di kesempatan ini, MH bertemu dengannya, penyanyi cumi cumi itu jelaskan bahawa dia secara tidak sengaja pun berbuat demikian.

“Sebenarnya, kebetulan sahaja. Dalam muzik video Pematah Hati, saya memang banyak pakai jaket style off-shoulder macam tu.

 

“Apa-apa pun saya nak bagi kredit lah pada stylist sebab dia yang cadangkan sampai sekarang orang panggil itu style cumi cumi.

 

“Jadi pada sesiapa di luar sana kalau nak ikut style cumi cumi…silakan,” katanya kepada MH.

Haa.. nampak tak sebenarnya ada sebab mengapa Nabila pakai jaket separuh tu, bukan suka-suka, malah lebih hebat gaya ini menjadi ikutan ramai.

Dalam pada itu, Nabila juga turut menjelaskan bahawa dia teringin nak jadi seorang trendsetter dan perancangan tahun 2018nya.

“Saya sendiri, goal saya adalah untuk jadi trendsetter, jadi saya haraplah apa yang saya buat lepas ini… orang akan follow, eh?

 

“Untuk tahun 2018 ini, fokus saya mestilah untuk next single, jadi harapnya peminat semua dapat bersabar lah.

 

“Kalau nak tahu perkembangan terkini Nabila boleh check di media sosial sebab saya akan selalu update di sana,” tambahnya lagi.

Okaylah, MH doakan semoga Nabila dapat capai apa yang dirancang untuk tahun 2018 ini… cumi cumi!

Published by
Khaleeda Rashikin