Berita

Suami Audrey Plaza Ditemui Tidak Bernyawa Di Rumah

Share

Jeff Baena, suami kepada pelakon terkenal Hollywood, Aubrey Plaza, telah meninggal dunia pada usia 47 tahun.

Menurut laporan media antarabangsa, People, kematian Jeff disedari oleh pembantunya sekitar jam 10.30 minit pagi waktu tempatan pada 3 Januari 2024 di kediamannya.

Dia diisytihar meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak berkuasa undang-undang berkongsi kepada jenama media tersebut bahawa Jeff meninggal dunia kerana membunuh diri.

Setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak keluarga mengenai insiden yang menyayat hati ini.

Turut berada dalam dunia hiburan seperti isterinya, Jeff merupakan seorang pengarah dan juga penulis skrip. Antara filem yang diarahkan oleh Jeff adalah Life After Beth, I Heart Huckabess dan Spin Me Around.

Imbas kembali, Jeff Baena bertemu dan mula menjalin hubungan dengan Audrey pada tahun 2011. Mereka lebih selesa bersikap privasi dalam perhubungan dan tidak pernah mengumumkan pertunangan atau perkahwinan secara rasmi.

Berita perkahwinan mereka dihidu pihak media apabila Audrey memuat naik gambar mereka bersama di Instagram dan memanggil Jeff dengan gelaran suami pada Mei 2021.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
Fiezreen