Pelakon Uqasha Senrose terkilan dengan segelintir pihak yang dipercayai membuat andaian tidak betul susulan insiden yang berlaku terhadap suaminya, Kamal Adli yang dipukul sehingga cedera parah dalam satu kejadian di Singapura, pada Ahad.

Uqasha menjelaskan meski individu yang memukul suaminya itu difahamkan warganegara Singapura, namun dia sesekali tidak menyatakan semua rakyat negara di negara itu sedemikian.

Tegas Uqasha menerusi perkongsian di Insta Stories, jika tiada perkara baik untuk dikatakan, dia menasihati semua supaya mendiamkan diri.

“Maaf kalau kali ini aku jadi mulut jahat atau puaka! Suami aku kena pukul dengan orang Singapura, memang warga Singapura. Aku sendiri tengok kad pengenalan dia.

Ads

“Tapi aku tak cakap semua orang Singapura jahat atau whatsoever! Lelaki yang libas suami aku pakai cota besi, dia siuman dan normal!

“Kalau tiada benda yang elok atau baik nak cakap jangan cakap apa-apa. Suami aku berdarah depan mata aku.

“Aku isteri aku trauma, menggigil. Tolong jangan comment benda bodoh!,” kongsinya.

Ads

Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram dirinya sedang menangis dan memaklumkan suaminya telah diserang seorang individu lelaki tidak kenali sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Menurut Uqasha, ketika kejadian ada seorang lelaki yang mencari suaminya, menyangka lelaki tersebut seorang peminat Kamal yang ingin mengajak bergambar bersama.

Ads

Namun, secara tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan cota besi daripada poketnya lalu bertindak memukul Kamal.

Kamal kini sedang menerima rawatan di hospital Singapura dan terpaksa menjalani pembedahan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI