Penyanyi dan pelakon atau lebih sinonim dikenali sebagai Cik Manggis, mula mengenakan hijab sejak Ahad lalu.
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, menerusi Berita Harian bagaimanapun menjelaskan, dia tidak menghebahkan penampilan terkininya itu memandangkan soal penghijrahan bukanlah untuk tatapan ramai.
“Saya berhijab bukan untuk tatapan umum, sebaliknya untuk diri sendiri. Namun, saya tidaklah merahsiakan, siapa yang bertanya, saya kongsi.
“Soal mengapa saya berhijrah, saya pilih untuk simpan sendiri. Kalau saya berkongsi, saya fikir ia tidak istimewa. Saya mahu rasakan ia sebagai suatu nikmat buat diri sendiri,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, dia turut mengakui mendorong diri sendiri untuk berhijrah.
“Sebab kita semua hidup dalam proses memperbaiki diri. Setiap hari, kita mahu menjadi yang lebih baik.
Ads
“Jadi, saya mahu mendorong diri menjadi lebih baik dalam pelbagai aspek,” katanya lagi.
Menyifatkan suaminya, Syazmin Firdaus Aminuddin sebagai insan paling gembira dengan imej baharu itu, Cik Manggis mendedahkan suaminya ‘terkedu’ apabila dia menggayakan tudung buat pertama kali untuk keluar.
“Pada hari pertama saya berhijab, kebetulan kami mahu keluar. Apabila dia melihat saya bertudung, suami bagai terkedu sekejap.
“Suami beritahu itulah momen paling gembira buatnya seumur hidup. Namun, dia tidak terkejut kerana proses penghijrahan ini saya lakukan bersamanya,” ulasnya.
Ads
Berkongsi perihal aktiviti seninya bersama De Fam pula, identiti dirinya dalam kumpulan berkenaan masih sama biarpun sudah bertudung.
“Penghijrahan saya tidak memberi kesan buruk pada kerjaya atau De Fam, melainkan kebaikan.
“Sebenarnya, sebelum kami menubuhkan De Fam, kami sudah berbincang bagaimana jika suatu hari nanti kami berhijab.
“Kami tidak fikir ini menggugat perjalanan De Fam. Azira dan Sophia sangat gembira atas penghijrahan saya,” katanya.
Ads
Cik Manggis percaya mereka tidak mempunyai halangan untuk terus berkecimpung dalam dunia muzik.
“Muzik dan persembahan itu dihasilkan kita. Cuma yang berbeza adalah imej,” katanya yang turut menambah De Fam bakal melancarkan single terkininya, September depan.
“Kami sedang menyiapkan single baharu, Sepatutnya, single ini dilancarkan bulan ini, namun, disebabkan penularan COVID-19, kami tidak dapat melakukannya,” katanya.
Terdahulu, Cik Manggis mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Oktober 2014.
Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Cik Manggis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Syawal dirai dengan penuh kegembiraan dan pastinya, amalan saling memaafi sesama keluarga menjadi aktiviti wajib bagi umat Islam yang meraikan.
Meski tahun ini kita meraikan dalam penuh kesederhanaan berikutan situasi semasa yang melanda dunia, namun itu bukanlah alasan untuk kita merakam momen istimewa bersama yang tersayang.
Pada masa sama, persalinan baju raya yang serba baru turut sama menjadi perhatian, pelbagai rekaan dan warna. Memang menawan.
Jadi, jom ‘usha’ ootd mereka di hari pertama Syawal.
Genap 30 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, satu rakaman video masakan telah dimuat naik di akaun Instagram milik arwah baru-baru ini.
Ia sebagai dedikasi kenangan buat peminat tersayang.
Video berdurasi lebih tiga minit itu merakamkan cara-cara arwah menyediakan hidangan Ikan Kerapu Masak Cili dengan caranya tersendiri.
“Genap 30 hari pemergiaan arwah. Antara kenangan-kenangan yang masih tersimpan kami kongsikan dengan semua yang merindui beliau. Alfatihah (dibaca),” tertera sebagai kapsyen.
Perkongsian yang mendapat lebih 900,000 tontonan itu turut menerima ribuan komen dari wargamaya.
Semoga Allahyarham beroleh ganjaran pahala kerana berkongsi ilmu masakan kepada ramai yang mahu mencuba resipi yang disediakan, InsyaAllah.
Allahyarham Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!