Penyanyi dan pelakon atau lebih sinonim dikenali sebagai Cik Manggis, mula mengenakan hijab sejak Ahad lalu.

Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin, menerusi Berita Harian bagaimanapun menjelaskan, dia tidak menghebahkan penampilan terkininya itu memandangkan soal penghijrahan bukanlah untuk tatapan ramai.

“Saya berhijab bukan untuk tatapan umum, sebaliknya untuk diri sendiri. Namun, saya tidaklah merahsiakan, siapa yang bertanya, saya kongsi.

“Soal mengapa saya berhijrah, saya pilih untuk simpan sendiri. Kalau saya berkongsi, saya fikir ia tidak istimewa. Saya mahu rasakan ia sebagai suatu nikmat buat diri sendiri,” katanya seperti yang dipetik.

Pada masa sama, dia turut mengakui mendorong diri sendiri untuk berhijrah.

“Sebab kita semua hidup dalam proses memperbaiki diri. Setiap hari, kita mahu menjadi yang lebih baik.

IKLAN

“Jadi, saya mahu mendorong diri menjadi lebih baik dalam pelbagai aspek,” katanya lagi.

Menyifatkan suaminya, Syazmin Firdaus Aminuddin sebagai insan paling gembira dengan imej baharu itu, Cik Manggis mendedahkan suaminya ‘terkedu’ apabila dia menggayakan tudung buat pertama kali untuk keluar.

“Pada hari pertama saya berhijab, kebetulan kami mahu keluar. Apabila dia melihat saya bertudung, suami bagai terkedu sekejap.

“Suami beritahu itulah momen paling gembira buatnya seumur hidup. Namun, dia tidak terkejut kerana proses penghijrahan ini saya lakukan bersamanya,” ulasnya.

IKLAN

Berkongsi perihal aktiviti seninya bersama De Fam pula, identiti dirinya dalam kumpulan berkenaan masih sama biarpun sudah bertudung.

“Penghijrahan saya tidak memberi kesan buruk pada kerjaya atau De Fam, melainkan kebaikan.

“Sebenarnya, sebelum kami menubuhkan De Fam, kami sudah berbincang bagaimana jika suatu hari nanti kami berhijab.

“Kami tidak fikir ini menggugat perjalanan De Fam. Azira dan Sophia sangat gembira atas penghijrahan saya,” katanya.

IKLAN

Cik Manggis percaya mereka tidak mempunyai halangan untuk terus berkecimpung dalam dunia muzik.

“Muzik dan persembahan itu dihasilkan kita. Cuma yang berbeza adalah imej,” katanya yang turut menambah De Fam bakal melancarkan single terkininya, September depan.

“Kami sedang menyiapkan single baharu, Sepatutnya, single ini dilancarkan bulan ini, namun, disebabkan penularan COVID-19, kami tidak dapat melakukannya,” katanya.

Terdahulu, Cik Manggis mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Oktober 2014.

Sumber/Foto: Berita Harian/Instagram Cik Manggis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI