Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mendedahkan suaminya, pelakon Ijoy Azahari yang gemar makan bersama sambal belacan.
Kongsinya lagi, Ijoy boleh hilang selera makan sekiranya tiada menu berkenaan.
“SUAMI BISING KALAU MAKAN TAK DE SAMBAL BELACAN.
“Aduhai… sabar lah hati kenapa lah hari² nak sambal belacan.
“Setiap kali makan nak sambal belacan, naik lenguh tangan menumbuk.
“Kalau tak de sambal belacan, muka jadi tak manis langsung. Rasa tak kena pun, bising jugak..,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 24.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 17, Airra, 14, Audra, 12, dan Adeena, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto : Instagram Shiera Ijoy