Penyanyi Farawahida Razali mendedah dia sudah lebih setahun berpisah dengan bekas suami, sebelum melangsungkan perkahwinan kali kedua dengan pilihan hatinya, Zulkifli Alias, pada Jumaat.

Penyanyi lagu Tanpamu itu bernikah dengan Zulkifli yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping, Perak.

Sehari sebelum bergelar raja sehari, pasangan berkenaan terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sekali gus berlangsung majlis merisik pada sebelah malam di rumah Inap, D’Studio Homestay Changkat Jering.

Farawahida sebelum ini pernah berumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain sejak 16 Disember 2013.

“Suami Duda Kepada 3 Anak, Kami Sebaya,” – Cinta Berputik Di Gelanggang Badminton, Farawahida Dedah Patutnya Nikah Ogos Depan, Tapi…

“Saya anggap kisah perkahwinan dulu itu sudah tak perlu diungkit lagi. Tak ada jodoh antara saya dan bekas suami. Kami berpisah cara baik sejak setahun lalu,” katanya.

Farawahida turut mengabadikan momen indah tersebut bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-36.

Ads

“Suami Duda Kepada 3 Anak, Kami Sebaya,” – Cinta Berputik Di Gelanggang Badminton, Farawahida Dedah Patutnya Nikah Ogos Depan, Tapi…

“Ikutkan perancangan awal nak bernikah selepas musim raya nanti sekitar bulan Ogos depan. Tapi ia dipercepatkan bulan ini.

“Selepas bernikah di masjid sebelah siangnya, kami adakan resepsi mengundang 100 orang tetamu pada sebelah malamnya.

“Suami saya bergelar duda kepada tiga anak. Kami sebaya. Dia berasal dari Melaka,” katanya.

Mengulas mengenai perkenalannya dengan Zulkifli, dia yang pernah muncul dengan lagu Mengapa Harus Aku di samping Datin Alyah berkongsi, mereka mulai rapat di gelanggang badiminton.

Ads

“Dia satu kumpulan pasukan badminton yang saya sertai sejak dua tahun lalu di KL. Cuma awalnya, saya sendiri tak mengesyaki apa apa.

“Dia pun sekejap turut serta dan sebaliknya. Hubungan kami awalnya lebih kepada rakan beriadah.

“Selesai bermain badminton, bawa haluan masing masing. Dia pun tak banyak cakap. Saya pun sejak solo, malas nak fikir pengganti.

“Tak sangka rupanya dia menyimpan perasan terhadap saya dalam diam. Ikutkan saya pernah memuat naik gambarnya dan teman lain masa bermain badminton di Instagram.

Ads

“Cuma ia berlalu begitu saja tanpa mencetuskan apa apa mahupun dihidu sesiapa. Hujung tahun lalu, kami bagaimanapun mula rapat,” katanya yang turut senang dengan sikap suami yang sederhana.

“Suami Duda Kepada 3 Anak, Kami Sebaya,” – Cinta Berputik Di Gelanggang Badminton, Farawahida Dedah Patutnya Nikah Ogos Depan, Tapi…

Sementara itu, pada majlis pertunangan, Farawahida menerima dua bentuk cincin tanda bagi merisik dan bertunang selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Manakala pada hari pernikahan, mas kahwin yang diterima pengantin perempuan berbentuk senaskah Al Quran dengan menggayakan persalinan pereka, Kay Ibrahim dengan ditatarias Apit Marcello.

Foto: Instagram Farawahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI