Pelakon senior, Amyza Aznan ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Amyza ada berkongsi berita sedih bersama peminatnya dimana suaminya jatuh sakit dan telah dimasukkan ke sebuah hospital.
“dear beloved hubby…Maybe i might not be there with you, but the breath you breathe now…. was me…. it was me… im there with you baby…….. please be strong for us FOR KAIAA,” tulisnya.
Lantas, luahan pelakon berusia 43 tahun itu mendapat perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar kesihatan suami Amyza kembali sihat seperti sedia kala.
Untuk rekod, Amyza telah dilahirkan pada 18 Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka.
Amyza mendirikan rumah tangga bersama Khairil Idzhar Md Nazir pada tahun 2004 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Video : Instagram Amyza Aznan