Pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja musim lalu, Mawar Rashid yang kini sedang sarat hamil anak pertama mendedahkan dia dan suami sudah pun mengetahui jantina anak yang dikandung.
Bagaimanapun, dia masih belum bersedia untuk umumkan kerana akan membuat pengumuman istimewa itu pada suatu majlis yang bakal di adakan tidak lama lagi.
“Ya, kami sekeluarga sudah pun tahu gender anak. Alhamdulillah cuma buat masa ni rahsialah dulu. Tunggu nanti pada suatu majlis kami akan jemput semua dan buat pengumuman. InsyaAllah sekitar januari nanti,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai nama pula, Mawar dan suami, Raf Yaakob juga sudah pun ada idea untuk nama anak. Tinggal lagi ia masih belum diputuskan.
“Kami dah ada nama. Cuma masih tak pasti untuk huruf depannya saja. Macam suami bermula dengan huruf R, saya pula M. Tengoklah macam mana nanti. Yang penting, biarlah ia mempunyai maksud yang baik, insyaAllah,” jelas Mawar.
Ditanya mengenai keadaannya kini, Mawar memberitahu semuanya dalam keadaan baik.
“Masa mengandung awal tiga bulan saya memang dinasihatkan untuk banyakkan rehat, kurangkan buat kerja berat. Tetapi kini, saya lebih gemar untuk lakukan pelbagai aktiviti sihat.
“Malah pada fasa sekarang ialah perasaan yang paling gembira bila mana bayi dalam kandungan pun dah mulai kuat menendang. Kau Raf letak saja tangan perut, pasti bayi tendang. Macam hubungan dengan bapanya itu kuat,” terang Mawar.
Sementara soal bimbang menantikan detik bersalin pula, Mawar mengambil pendirian matang.
“Kalau nak diikutkan, memanglah rasa bimbang menantikan detik bersalin, tapi rasanya semua para ibu yang pertama kali nak bersalin pun ada akan rasai perkara sama. Nervous tetapi pada masa sama terujau untuk merasai pengalaman.
“Nak rasa juga apa yang ibu saya dan para ibu lain lalui saat bersalin,” akhiri Mawar.
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI