Suami Membebel, Sakit Tengkuk. Ini Ragam Betty Rahmad & Suami Bila Hias Bilik Anak

Share

Pelakon Betty Rahmad dan suami, Ardy Damis kini dalam proses menghias bilik permata hati mereka, Ardy Wira.

Perkara itu dikongsikan Betty menerusi Insta Storiesnya yang sedang mengecat bilik dengan hasil seni dari suaminya.

Mengenakan tona warna biru-hijau alami, Betty dan suami melakukan tanggungjawab masing-masing untuk mengecat di setiap penjuru bahagian dinding.

Menggunakan bentuk geometri (segi tiga), proses mengecat bilik tersebut mengambil masa selama dua hari.

“Masuk hari ke-2 style sis dah tak berapa style dah.

“Sakit badan tengkuk semua. Tapi puas hati demi anak gendut kami hehe. Oh i tolong cat jugak tau bukan duduk posing je.

“Jangan fitnah i ada bukti haha! Yes 30% to go..korang nak tengok bila siap nanti? Sila comment yes or no? #bettyanddamis,” tulisnya.

Untuk rekod, Betty, 36, dan suaminya, Ardy Damis, 32, bernikah pada 4 Februari 2018. 

Pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Ardy Wira pada 19 Januari lalu seberat 3.26 kilogram.

Video : Instagram Betty Rahmad

Published by
MH